Media Indonesia mula tidak senang duduk dengan kehadiran pemain warisan yang dibawa masuk oleh pengurusan skuad kebangsaan.
Baru-baru ini, pasukan negara mengumumkan Facundo Garces sebagai pemain kacukan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya.
Selain itu, beberapa pemain lain seperti Imanol Machuca, Jon Irazabal dan Rodrigo Holgado dilaporkan semakin hampir untuk mengikut jejak langkah Facundo.

Media Indonesia ‘Claim’ Malaysia Tiru Mereka
Melihat perkara ini, media Indonesia terus mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh skuad Harimau Malaya seakan-akan mengikut jejak langkah skuad Garuda.

“Langkah ini diilhamkan oleh kejayaan pasukan Indonesia memaksimumkan potensi pemain diaspora seperti Jay Idzes dan Kevin Diks.
“Tindakan agresif dalam menaturalisasikan pemain dari luar negara adalah bukti Malaysia tidak mahu ketinggalan dengan saingan serantau seperti Indonesia,” tulis salah satu media.

Garces, Machuca, Irazabal dan Holgado dijangka diturunkan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.