Pemain tengah menyerang kelahiran Argentina, Imanol Machuca dilaporkan semakin hampir untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Menurut laporan Radiogol, Imanol menjadi pemain warisan terbaru yang memperkuatkan pasukan Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.
Baca Juga:
- Pertahanan Deportivo Alaves, Facundo Garces Kini Sah Pemain Harimau Malaya

- Media Indonesia Anggap Calon Pemain Warisan Malaysia Tidak Setaraf Pemain Mereka

- Ini Calon Penyerang Warisan Skuad Harimau Malaya


Imanol Machuca Semakin Hampir Beraksi Bersama Malaysia
“Kami dapat mengesahkan bahawa Facundo Garcés dan Imanol Machuca kini dalam perjalanan ke Malaysia.
“Keduanya dipanggil ke pasukan kebangsaan negara itu untuk mula bermain dalam kelayakan Piala Asia 2027.
Imanol dilaporkan memiliki kaitan dengan Malaysia melalui nenek beliau.
Ketika ini, pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama Vélez Sarsfield secara pinjaman dari Fortaleza.
Sebelum ini, skuad kebangsaan mengumumkan kehadiran Facundo Garces sebagai pemain kacukan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya.

Facundo Garces merupakan pemain pertahanan tengah yang beraksi dalam saingan Laliga, Deportivo Alaves.
Pemain berusia 25 tahun kelahiran Argentina itu telah membuat tujuh penampilan masa penuh dan tiga kali dimasukkan sebagai pemain gantian.
Daripada 10 penampilan tersebut, lima daripadanya menyaksikan Alaves berjaya mengelakkan gawang mereka daripada dibolosi. Salah satunya adalah ketika aksi menentang Atletico Madrid.

Dua lagi pemain yang dijangka tiba sebelum aksi menentang Vietnam 10 Jun ini ialah Jon Irazabal dan Rodrigo Holgado.