Media Prima Audio (MPA) hari ini melancarkan Misi Bantuan Banjir 2024 #SuaraBantuan, sebuah inisiatif kemanusiaan bertujuan meringankan beban mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan beberapa kawasan lain di Malaysia.

Kempen ini memfokuskan usaha untuk mengumpul serta menyampaikan bantuan kepada komuniti yang memerlukan di lokasi-lokasi yang terkesan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Majlis pelancaran yang berlangsung di Mydin Mall USJ, Subang Jaya diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, Muhammad Nazri bin Noran, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Datuk (Dr) Sani bin Datuk Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, dan Tuan Hj Faris Hussain, Ketua Setiausaha MAPIM Malaysia, akan turut hadir.

Kempen ini akan berlangsung dari 2 hingga 15 Disember 2024 di empat lokasi yang terpilih seperti Mydin Mall USJ, Subang Jaya, Mydin Seksyen 18, Shah Alam, Mydin Semenyih dan Gudang Sentral MAPIM Malaysia di Sepang.

Orang ramai boleh menyumbang barangan bantuan di lokasi-lokasi ini dari jam 9 pagi hingga 9 malam di tiga lokasi Mydin terpilih serta di Gudang Sentral MAPIM Malaysia dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang tempoh kempen.

Bagi mengukuhkan lagi kerjasama ini Media Prima Audio telah bertindak sebagai penganjur utama, serta mendapat kerjasama daripada Mydin Mohamed Holdings Bhd, yang turut menyumbang barangan keperluan asas serta makanan bernilai RM 50,000 dan menyediakan lokasi pungutan serta mendapat sokongan daripada MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia), yang menguruskan logistik dan pengagihan barangan bantuan ke kawasan-kawasan terjejas.

Tambahan lagi, Media Prima Audio juga turut membuat hebahan mengenai inisiatif ini melalui siaran radio, media sosial serta membawa personaliti daripada Hot FM, Fly FM, Kool 101, Molek FM dan Eight FM ke lapangan bagi mengajak masyarakat untuk sama-sama menyumbangkan barangan keperluan bagi mangsa banjir yang terjejas di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Media Prima Audio, Mydin Dan Mapim Lancar Misi Bantuan Banjir

Anda boleh mendapatkan info serta kemas kini terbaru bagi kempen ini melalui media sosial rasmi hotfm976, flyfm958, kool101my, molekfm dan eighfm881.

“Kerjasama strategik ini menunjukkan semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan. Kami berterima kasih kepada Mydin dan MAPIM Malaysia atas sokongan yang diberikan. Kami berharap sumbangan ini dapat membawa sedikit kelegaan kepada mangsa banjir. Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam membantu mereka yang terkesan”. kata Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio.