The Straits Times (ST) Singapura melaporkan hari ini bahawa dokumen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bocor dan dimuat naik ke dalam laman “Dark Web”, ia merangkumi maklumat berkaitan ketenteraan yang dicuri daripada pelbagai negara dan kontraktor pertahanan.
70 dokumen yang dimuat naik difahami berasal dari beberapa sumber yang bertindak menggodam akaun emel anggota tentera, tetapi pihak ST mengatakan bahawa tidak diketahui adakah dokumen itu akan dijual atau dikongsi.
ST mengatakan bahawa dokumen yang dimuat naik itu merangkumi maklumat mengenai jumlah tentera di beberapa pangkalan. Ia juga mempunyai maklumat mengenai salah laku pegawai tentera laut Malaysia yang didakwa melakukan rasuah, mengambil dadah dan tidak hadir tanpa cuti.
Sementara itu, TLDM dilaporkan telah menyedari mengenai laporan berkenaan tetapi mengambil pendekatan untuk tidak memberi apa-apa kenyataan buat masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Intelligence House Mikko Niemela berkata, dokumen seperti itu sering dilihat di pasaran atau forum “khusus” di Dark Web dan biasanya dibayar dalam bentuk bitcoin yang memastikan nama pembeli dan penjual tidak dikenali.
“Sebab mengapa mereka sering dilihat di pasaran atau forum ‘khusus’ (di Dark Web) adalah kerana memudahkan pelanggan yang berpotensi untuk mengakses maklumat tersebut,” katanya.
Dark Web merujuk kepada rangkaian laman web yang tidak mudah diakses oleh pengguna Internet biasa. Ia digunakan untuk kegiatan haram oleh mereka yang ingin kabur dari undang-undang.
Terdahulu, ‘scammer’ telah bertindak menjual darah dan air liur bekas pesakit COVID-19 dengan harga RM4,000 di Dark Web. Klik pautan di bawah untuk membaca.
‘Scammer’ Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web
Ini Caranya Untuk Dapatkan Youtube Versi Terbaru Dengan Paparan ‘Dark Mode’