Kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini semakin hangat diperkatakan dan difahamkan bakal menerima nasib yang sama seperti isu skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik TLDM.

Ini selepas terdapat kelewatan dalam penyerahan OPV yang memaksa kerajaan memberi lebih masa kepada TH Heavy Engineering untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

APMM difahamkan bakal menerima kapal tersebut bulan ini, namun media melihat isu kapal OPV ini bakal melondehkan satu lagi skandal ditengah-tengah isu kapal TLDM versi ‘halimunan’.

Ini tercetus selepas Awani mempersoal kenapa projek berskala besar seperti itu dianugerahkan kepada sebuah syarikat – TH Heavy Engineering – yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Menurut Awani, TH Heavy Engineering yang diklasifikasikan sebagai PN17 kini menanggung kerugian terkumpul RM629.8 juta dan hutang sebanyak RM165 juta, namun memiliki aliran tunai RM27.5 juta untuk membantunya menyiapkan kapal OPV berkenaan.

Justeru, pelbagai persoalan timbul mengenai kemampuan TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV seperti yang dijanjikan.

Kelewatan dalam menerima kelengkapan yang dijanjikan akan memperjudikan kedaulatan negara kerana ia akan memberi kesan kepada fungsi agensi tersebut untuk mengawal perairan negara dengan lebih berkesan.

Isu projek LCS: Kerajaan Malaysia bayar RM6 bilion untuk kapal TLDM versi ‘bunian’. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Isu Projek LCS: Kerajaan Malaysia Bayar RM6 Bilion Untuk Kapal TLDM Versi ‘Bunian’