Media Vietnam, VNE Express mengingatkan pasukan Vietnam dan penyokong mereka tentang senjata baharu Harimau Malaya iaitu 4 lagi tonggak warisan berdarah kacukan Malaysia-Amerika Selatan yang turut berada dalam skuad Malaysia.

Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil pada 10 Jun. Kedua-dua pasukan kini mempunyai tiga mata dalam Kumpulan F, dengan Vietnam mendahului berdasarkan perbezaan gol (+5 berbanding +2 Malaysia).

Kelayakan Piala Asia 2027: Info Siaran Langsung Malaysia Lawan Vietnam

Media Vietnam waspada ancaman ‘Harimau Malaya Kacukan’

Sebelum ini Malaysia sudah mendaftarkan 4 pemain warisan iaitu Rodrigo Holgado (Mallaysia-Argentina), Jon Irazabal (Malaysia-Sepanyol), Joao Figueiredo (Malaysia-Brazil) dan Imanol Machuca (Malaysia-Argentina) semasa sesi latihan di Stadium Bukit Jalil pada 2 Jun 2025

Malaysia Lawan Vietnam: 21,005 Tiket Sudah Terjual, Penyokong Diseru ‘Gempur’ Bukit Jalil!

Malaysia kini memiliki tiga pemain berdarah Argentina: Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, dan Facundo Garces; serta Joao Figueiredo dari Brazil dan Jon Irazabal dari Sepanyol. Kesemua lima pemain ini layak mewakili Malaysia melalui hubungan darah warisan atau pemain kacukan.

Machuca yang baru berusia 24 tahun ini memulakan karier profesional dengan Union Santa Fe pada 2020, berpindah ke Fortaleza di Brazil pada 2023 dan kini dipinjamkan ke Velez Sarsfield di Argentina. Beliau telah mencatat 15 gol dalam 134 penampilan profesional

Kelayakan Piala Asia 2027: Media Vietnam Waspada Ancaman 4 Pemain Warisan Harimau Malaya Dari Amerika Selatan

Holgado dan Figueiredo, kedua-duanya adalah pemain di posisi penyerang. Dua bintang ini dilabel berpengalaman luas.

Holgado telah mencatat 75 gol dalam 202 perlawanan sejak 2017, bermain di Argentina, Mexico, Chile dan Colombia. Kini beraksi bersama America de Cali di Colombia, beliau telah meledak 18 gol dalam 58 perlawanan, termasuk lapan gol dan dua bantuan gol musim ini.

Kelayakan Piala Asia 2027: Media Vietnam Waspada Ancaman 4 Pemain Warisan Harimau Malaya Dari Amerika Selatan

Sementara itu, seorang lagi bakat, Figueiredo, memiliki rekod karier yang menarik. Pemain ini bermain dalam liga di Eropah, bermain untuk İstanbul Başaksehir di Turki.

Dia telah menjaringkan 12 gol dalam 48 penampilan musim ini. Beliau sebelum ini memulakan kerjaya di Brazil dan pernah bermain di Greece, Lithuania dan UAE

Di barisan pertahanan, nama Garces dan Irazabal turut dipanggil. Garces, 25 tahun, sebelum ini beraksi untuk Colon di Argentina dengan 129 penampilan antara 2020–2024 sebelum menyertai Deportivo Alaves di La Liga.

Kelayakan Piala Asia 2027: RTM Bakal Siarkan Secara Langsung Aksi Malaysia Lawan Vietnam

Sejak Januari, pertahanan tengah setinggi 1.88m ini telah membuat 10 penampilan di liga utama Sepanyol. Dia adalah pemain yang paling menjadi tumpuan kali ini..

Irazabal, 28 tahun, membesar melalui sistem akar umbi Athletic Bilbao namun kebanyakannya beraksi di kelab bawahan di Sepanyol sebelum berpindah ke Sabah FC di Azerbaijan pada 2022.

Dia telah membuat 39 penampilan dan mencetak satu gol musim ini.

Media Vietnam memantau rapi perkembangan pemain pemain warisan terbaru Malaysia ini, termasuk mendedahkan bahawa kesemua pemain tersebut sudah berlatih bersama. Dan terbaru FAM mengesahkan  kesemua pemain tersebut tersedia untuk pemilihan dalam aksi menentang Vietnam.

Awal tahun ini, Malaysia juga telah memperkenalkan dua pemain berdarah Sepanyol, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.

Hevel, yang lahir di Belanda dari keluarga campuran Belanda-Sepanyol-Malaysia, pernah bermain untuk ADO Den Haag, AEK Larnaca serta kelab di Sepanyol dan China.

Kini, beliau bermain untuk Portimonense di Portugal. Palmero, pemain pertahanan kiri berusia 22 tahun, pernah beraksi untuk Tenerife B di peringkat divisyen keempat Sepanyol dan melalui sistem remaja Las Palmas serta kelab Sepanyol yang lain.

Malaysia sudah lama diperkuat pemain warisan dan naturalisasi

Sebagai tambahan Malaysia sudah pun memiliki sembilan pemain berdarah kacukan termasuk Matthew Davies (Australia), La’Vere Corbin-Ong (Barbados), Junior Eldstal (Sweden), Quentin Cheng (Australia), Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Hong Wan (England), Dion Cools (Belgium), serta Nooa Laine (Finland).

Matthew Davies
Sumber Gambar: FAM

Malaysia juga mempunyai tiga pemain naturalisasi: Endrick dan Paulo Josue (Brazil) serta Romel Morales (Colombia).