Seorang pelajar sekolah meluahkan rasa tak puas hati peraturan sekolah ketika jamuan raya sekolah.
Menurutnya, dia sudah semakin bosan mahu ke jamuan raya di sekolah kerana peraturan ketat yang dianggap ‘semakin bangang’.
Dia bengang sebab tidak dibenarkan berdandan, memakai shawl dan terpaksa memakai kasut sekolah.
Jamuan raya sekolah ada peraturan ketat
“Sekarang makin malas pergi jamuan raya sekolah, sebab peraturan sekolah semakin lama semakin bangang.
“Kita nak bergembira, tetapi nak makeup sikit pun tak boleh. Tudung shawl pun tak boleh pakai, telefon tidak boleh bawa masuk.
“Kasut wajib kasut sekolah, baik tak payah buat jamuan sahaja,” tulis pelajar itu.
Kenyataan itu mendapat perhatian netizen. Yang mengingatkan pelajar tersebut bahawa: “Dah nama pun jamuan raya sekolah, ikutlah peraturan sekolah.”
Yang lain berkata: “Aku tak kisah langsung pasal tak boleh berdandan, atau bawak telefon, yang penting hari itu, tak perlu bawa buku. Tak ada belajar.”
Netizen seterusnya juga mendedahkan bahawa pada zaman mereka sekolah dahulu, memang tak kisah langsung pasal baju raya untuk jamuan raya.
“Yang penting hari itu tak payah belajar, itu pun dah bahagia sangat,” tulis Jasmeen.
Yang lain menambah: “Kalau hari tersebut ada acara tertentu, tak belajar, hari itulah hari paling teruja nak pergi ke sekolah.”
Menurut netizen lagi, peraturan jamuan raya sekolah ini memang sudah lama diamalkan. Dan tiada masalah langsung dengan peraturan tersebut.
Tidak kurang juga yang melabel pelajar tersebut tidak bersyukur dengan nikmat yang dia ada, diberikan peluang untuk jamuan raya sekolah.
Sambil yang lain mencadangkan agar pelajar tersebut buat sahaja rumah terbuka hari raya di rumahnya dan jemput pelajar dan guru dari sekolahnya datang ke jamuan tersebut. Dengan itu semua orang boleh memperagakan baju raya masing masing.