Satu cerita yang mengejutkan apabila hampir 1 kelas dapat markah kosong kerana murid murid di situ rata rata mahu menjadi influencer.
Seorang cikgu meluahkan rasa sedihnya dengan pencapaian anak muridnya dalam satu ujian Sejarah untuk Tingkatan 2 baru baru ini.
Baca Juga:
- As’ad Motawh Anggap Sekolah Buang Masa Selepas Miliki 300k Follower Di Instagram
- ‘SPM Ni Kosong, Ilmu Fardhu Ain Lebih Penting’ – Influencer Anggap Sekolah Tiada ‘Value’
- Tak Diterima Masuk Ke 15 Universiti Di Amerika, Pelajar Tingkatan 6 Saman Sekolah
Di mana menurut perkongsian guru itu, hampir kesemua anak muridnya dalam kelas itu dapat markah kosong dalam ujian penilaian tersebut.
Guru itu mendedahkan bahawa 90% daripada 32 orang muridnya telah menghantar kertas jawapan yang kosong dan tiada jawapan untuk kertas bahagian B yang memerlukan murid menulis esei.
Tak nak mencuba pun. Kertas soalan lawa, licin, bersih lagi. Macam mana dapat, macam tu dipulangkan. Cuma jawab soalan Bahagian A objektif sahaja.
— The Teh Original (@TheTehOriginal) January 24, 2024
Menurut perkongsian itu, ada beberapa pelajar yang ada markah kerana cuba menjawab.
Sikit info:
1. Kelas ni yang ke-5 dari 5 kelas.
2. Ada 32 orang murid.
3. Markah di atas untuk bahagian B (Struktur & Esei).
4. 90% yg dapat 0 tak menjawab langsung. Tinggalkan ruang kosong.
5. Yang lain semua ada jugak markah sebab cuba menjawab.— The Teh Original (@TheTehOriginal) January 24, 2024
Guru tersebut menyatakan bahawa rata rata murid muridnya mahu menjadi influencer atau pempengaruh media sosial.
Guru tersebut meluahkan lagi kekesalannya: “Aku ni bukanlah guru cemerlang, tapi bab akademik budak keutamaan yang jelas.
“Sekali dah ajar, akan jaga dan pastikan budak tu sampai sambung belajar. Bukannya sekadar ‘belajar sini, habis sini’.
“Monitor pasal kerja rumah, ambil tahu background dia, kewangan, emosi.”
Baru baru ini kecoh apabila ada artis dan pempengaruh media sosial yang menganggap sekolah tidak penting dan tidak ada nilai.
As’ad Motawh pernah memberikan pandangan bahawa bersekolah adalah membuang masa kerana apa yang diajar di sekolah sudah semakin tak relevan.
Netizen kurang setuju dengan pandangan tersebut. Malah segelintir artis seperti Naim Daniel juga menyindir bahawa tidak semua orang itu perlu membuat podcast.
Kita perlu bersetuju yang;
Tak semua orang perlu buat podcast. https://t.co/IjIlu0ofQy
— Naim Daniel (@naimdanielx) January 22, 2024