As’ad Motawh mengakui bahawa dia tak suka sekolah dan ianya perkara yang membuang masa.

Penyanyi kacak Asad Motawh telah membuat kenyataan kontroversi ketika berada di podcast bersama bersama influencer Azri Walter dan Yousaf.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di mana mereka ketika itu membincangkan tentang topik persekolahan. Azri Walter bertanya: “Asad, sekolah ini apa [pandangan anda]?”

Asad menjawab: “Bagi saya, ketika saya masih muda, Asad rasa macam, dari segi semua yang saya lakukan ketika ini, kebanyakan masa yang saya luangkan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya.”

“Secara jujur, benda yang Asad belajar kat sekolah…..”

Azri Walter menyampuk: “Nanti orang tibai tahu…”

Asad menyambung: “Tak apa, tapi bagi saya, saya menghormati pandangan dan pendapat kamu. Tetapi bagi saya, benda yang Asad belajar dan benda yang Asad buat sekarang, tiada kaitan sangat dengan sekolah.

“Seperti, dari segi mempelajari Sains sehingga ke tahap ‘advance’, semua benda benda pelik ini. Dan pada pendapat saya tak perlu.

“Sistem persekolahan boleh diubah. Kerana kita hidup di dalam dunia moden di mana segalanya sentiasa berubah, tetapi sistem persekolah pula sentiasa sama sejak dari dulu,” tegas penyanyi yang pernah berjalan kaki dari Desa Pandan ke Pavilion tanpa memakai ubat ketiak itu.

As’ad Mowtah Pernah Ikat Perut Dan Tak Mampu Beli Ubat Ketiak

Asad meneruskan: “Dan kita semak balik, siapa yang tokoh yang pernah berkata, Rockefeller, dia cakap yang: ‘Sekolah ini dicipta kerana dia mahu menghasilkan generasi pekerja.

“Anda tahu kan, ianya bergantung kepada apa yang anda mahu buat di dalam hidup anda, dan saya faham, tak semua orang akan berjaya” tegas beliau lagi yang merasakan sekolah seharusnya lebih fleksibel mengikut zaman.

As’ad kecewa kerana sistem persekolahan pada hari ini masih lagi di takuk lama.

Dia menyimpulkan: “Untuk saya, saya bukanlah seorang yang berminat dengan sekolah la. Tak minat sangat.”

Walaupun dia tidak berminat dengan sekolah, Asad tetap mengingatkan remaja di luar sana agar jangan pula mereka berhenti sekolah.

Menurut Asad, dia berhenti sekolah dan mulai memilih sekolah di rumah kerana dia sudah membina sesuatu dalam hidupnya.

Dia mulai merasakan bahawa dia tak perlu ke sekolah lagi dengan adanya 300 pengikut di media sosial. Dan mahu menjana pendapatan melaluinya dengan menyanyi.

“Ketika Asad mempertimbangkan berhenti sekolah dan mula belajar di homeschool, sebab Asad sudah membina benda lain. Asad dan ada 300 ribu pengikut di Instagram [pada masa itu]. Dan saya tahu cara untuk buat duit daripadanya dengan menyanyi.”

“Sebab tu, pilihlah sama ada nak meneruskan belajar sepenuh masa atau belajar separuh masa, di rumah buat homeschool, sambil membina karier saya. Jadi saya sudah ada pilihan.

“Bukan semua orang boleh buat perkara yang sama, tetapi bergantung kepada anda sendiri la.”

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

♬ original sound – Yousaf – Yousaf

Komen Asad Motawh itu benar benar membuatkan netizen berbelah bagi. Ramai tak setuju dengannya. Ada yang menyatakan bahawa As’ad Motawh silap ketika menyebut sekolah itu membuang masa, kerana ada banyak manfaat daripada persekolahan itu sendiri.

Kemudian ada juga mengingatkan As’ad bahawa di sekolah adalah tempat belajar untuk bergaul dalam membina sahsiah diri, bukan sekadar belajar subjek dalam kelas.

Walaubagaimanapun, ada juga menyokong As’ad dengan menyatakan bahawa sistem sekolah yang ada sudah lapuk dan tak sesuai dengan dunia moden.

Pandangan As’ad itu benar benar berbeza dengan seorang lagi influencer iaitu Khairul Aming. Di mana dia menasihati generasi muda yang masih bersekolah agar tidak melupakan pelajaran walaupun mereka sudah bergelar pencipta konten.

Hal ini kerana, setiap pencipta konten itu perlukan banyak ilmu pengetahuan, ada adab dan ada akal dan budi untuk memajukan negara.

@501awani

Ini pesanan penting Khairul Aming untuk semua adik-adik yang ada cita-cita untuk jadi ‘content creator’. “Habiskan pembelajaran anda!” #AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Sebagai rekod Khairul Aming ada 3.8 juta pengikut di Instagram dan 4 juta pengikut di Tiktok.

Sebagai perbandingan, As’ad Motawh kini sudah memiliki 1.2 juta pengikut di IG dan 1.7 juta pengikut di Tiktok.