Kisah As’ad Mowtah tak mampu beli deodoran atau ubat ketiak menarik perhatian netizen. Kerana ianya kisah perjalanan karier penyanyi itu ketika dia baru mula merangkak dalam industri.

Penyanyi dan influencer terkena, As’ad Mowtah kini antara selebriti yang terkenal.

Baca Juga:

Namun dia tidak pernah lupa asal usulnya sebagai seorang yang susah ketika awal penglibatannya dalam dunia glamour.

As’ad berkongsi dengan peminat bagaimana dia terpaksa berjalan kaki ke Pavilion dan kemudian ikat perut kerana lapar.

As’ad Motawh berkata: “Saya dijemput ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan cuma ada RM5 di dalam poket saya. Sehari sebelum tu saya dah berfikir macamana saya nak ke sana?.”

“Saya tinggal di Desa Pandan, jadi saya pun berjalan dari Desa Pandan ke Pavillion untuk sampai ke pertujukan itu. Ianya mengambil masa kira kira dua jam.”

Walaupun sudah pakai baju lawa lawa namun dia tak As’ad Mowtah mendedahkan badannya berbau kerana tak mampu beli ubat ketiak. Jadi dia mencari ikhtiar untuk mengelakkan dia menimbulkan suasana tidak nyaman di khalayak.

“Saya dah pakai lawa lawa dah, gaya nampak macam influencer. Dan saya sampai sejam lebih awal daripada acara bermula, kerana saya tak mampu beli ubat ketiak.”

“Apabila saya tak mampu nak beli ubat ketiak, maka badan saya pun berbau bukan?”

“Jadi, saya pergi ke tandas pavillion, duduk di sana dan keringkan peluh saya. Kemudian saya gunakan sabun cuci tangan tu dan sapu di ketiak saya untuk membuang bau busuk,” tegas penyanyi muda itu.

Pengalaman pada hari itu menjadi lebih perit untuk As’ad kerana rakan rakannya mengajak dia makan di Kyochon. Di mana makanan di situ pastinya agak mahal untuk seorang yang cuma ada RM5 di dalam poketnya.

“Mereka di situ berkata, Yo Aswad, gembira jumpa kamu di sini, saya agak popular juga ya masa tu. Jom kita makan di Kyochon.”

“Ketika diajak ke Kyochon saya beritahu saya dah kenyang. Saya dah makan. Tetapi sebenarnya saya sangat lapar,” tegas dia lagi.

Dia melihat rakan rakannya memesan makanan yang agak banyak di atas meja. Namun dia hanya berborak borak dengan mereka kerana malu tidak ada wang untuk membayar makanan itu nanti.

“Selepas mereka beredar, sisa makanan yang di atas meja itu, saya makan. Kerana saya lapar.”

Dia kemudian membeli air kosong dan roti canai dengan wang RM5 yang dia ada, bakinya dia buat tambang bas balik.

Perkongsian As’ad Mowtah itu ternyata menyentuh hati hos rancangan tersebut yang tidak dapat membayangkan keperihan artis itu dahulu.

@hqalhdin

Setiap orang ada cerita jatuh bangun. Share cerita masa anda susah dulu. #PodcasThinker

♬ original sound – Ye, Saya Dulu Host Troll Tu – Ye, Saya Dulu Host Troll Tu