Satu persoalan panas di media sosial baru-baru ini telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial – “Memang orang Melayu ni tak minat nak beli property ke?”

Soalan tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai reaksi, malah membuka satu ruang realiti yang jarang dibicarakan secara terbuka: isu pemilikan rumah dalam kalangan orang Melayu.

Adakah betul kita tak minat beli rumah, atau sebenarnya tersepit antara impian dan kemampuan?

Satu Kisah, Tiga Rumah

Pengguna yang mencetuskan perbincangan di media sosial Threads, berkongsi perjalanan hidup beliau bersama isteri membeli hartanah — bermula dari satu rumah ketika baru berkahwin, sehingga memiliki tiga buah rumah dalam tempoh beberapa tahun.

 Orang Melayu
Sumber: iProperty

Strategi beliau ringkas, tetapi praktikal:

  1. Guna KWSP Akaun 2 untuk deposit rumah dan ansuran awal.
  2. Beli rumah untuk disewakan — penyewa bayarkan ansuran bulanan.
  3. Bayar hanya tahun pertama, lepas itu rumah ‘menjaga’ dirinya sendiri.
  4. Hidup sederhana, tak ikut tekanan gaya hidup (pakai kereta lama, sewa rumah kecil dulu).

Yang paling menarik, walaupun rumah ketiga lebih mahal dan besar (lot antarabangsa), beliau dan isteri tetap guna formula sama: sewa untuk tampung bayaran, dan guna KWSP untuk tambah sedikit saja.

Realiti Netizen: ‘Bukan Soal Orang Melayu, Soalnya Tak Mampu’

Ramai yang menyokong dan turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Namun, lebih ramai yang berkongsi cabaran mereka.

 Orang Melayu
Sumber: UTUSAN

“Kamu tanya ni target siapa? B40? M40? T20?” Tanya seorang netizen sambil menegaskan bahawa golongan B40 sangat terbeban dengan komitmen hidup harian: hutang PTPTN, gaji kecil, komitmen kenderaan, dan gaji yang tak cukup untuk simpanan.

“Rezeki manusia berbeza…” Kata netizen yang lain sambil  mengingatkan untuk tidak menyamakan rezeki orang kerana ada sahaja yang berjaya, cuma perjalanan mereka berbeza.

Pelaburan Atau Tanggungjawab?

Ada juga yang melihat isu ini dari sudut pelaburan bukannya sekadar isu ‘orang melayu’. Contohnya, seorang netizen berkongsi bahawa dia mewarisi empat rumah atas tanah sendiri dan tidak perlu beli rumah.

 Orang Melayu
Sumber: iProperty

Cuma bayar cukai dan kutip sewa — 100% bebas riba, bebas hutang.

Di sisi lain pula, seorang netizen turut berkongsi risiko memiliki rumah – lokasi strategik pun boleh jadi rugi kalau berlaku insiden tak dijangka seperti paip gas meletup atau rumah terbakar.