Surat ini adalah daripada seorang jururawat yang bekerja menjaga seorang pesakit yang beragama Islam yang mengalami penyakit Alzheimer – Sebuah Kisah Benar Dari United Kingdom. Beliau menulis surat ini kepada sebuah badan dakwah di United Kingdom
Gambar ini bukanlah gambar penulis sebenar.
“Nama Saya adalah Cassie, Saya berusia 23 tahun. Saya adalah jururawat yang baru sahaja menamatkan pengajian pada tahun ini dan mendapat tugas sebagai jururawat untuk penjagaan pesakit di rumah.
Pesakit saya merupakan seorang lelaki berbangsa Inggeris yang berusia awal 80an yang mengalami penyakit Alzheimer. Pada Hari pertama tugasan, saya diberikan rekod berkenaan diri pesakit dan dari situlah saya mendapat tahu yang dia merupakan seorang mualaf yang memeluk agama islam dan dia adalah seorang muslim.
Bermula dari situ, saya mengerti bahawa saya perlu berhati-hati dengan cara rawatan yang mungkin tidak sesuai dengan pegangan agamanya. Saya mula membuat adaptasi kaedah penjagaan yang memenuhi ciri-ciri yang sesuai dengan dia. Saya beli dan bawa daging yang Halal untuk dimasak kepada dia dan pastikan tiada unsur-unsur khinzir atau alkohol di tempat penjagaan dia kerana saya telah membuat sedikit kajian yang mengatakan perkara-perkara ini dilarang dalam Islam.
Pesakit ini berada dalam peringkat alzheimer yang terakhir, jadi ramai dari rakan sekerja yang tidak faham kenapa saya sanggup bersusah payah membuat semua perkara yang tidak perlu untuk dia. Tetapi dalam hati saya, seorang yang berkomitmen dengan mana-mana agama seharusnya dihormati.
Selepas satu minggu bersama pesakit ini, saya mula perasan satu corak pergerakan yang dibuat oleh dia.
Pada mulanya saya menyangka dia sedang meniru sesuatu gerakan yang dilakukan oleh orang lain, saya nampak dia mengulang pergerakan tersebut pada masa yang tertentu iaitu pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Pergerakannya biasa dimulakan dengan mengangkat tangannya, tunduk dan meletakkan kepalanya pada lantai. Saya tidak faham. Dia juga ada mengulangi beberapa ayat dalam bahasa yang asing, saya tidak dapat memikirkan bahasa apakah itu kerana sebutannya agak kabur tetapi saya perasan ia adalah ayat yang sama diulang setiap hari.
Satu lagi perkara yang pelik, dia tidak membenarkan saya menyuapnya dengan tangan kiri (saya merupakan seorang yang kidal)
Saya dapat rasakan mesti ia sesuatu yang berkaitan dengan agamanya tetapi saya tidak tahu kenapa.
Salah seorang rakan sekerja saya memberitahu saya mengenai paltalk, sebuah tempat diskusi dan berbahas mengenai agama di internet. Oleh kerana saya tidak mengenali walau seorang muslim pun, saya fikir mungkin bagus jika saya dapat bertanyakan soalan pada seseorang mengenai perkara ini. Saya pun masuk ke bahagian diskusi mengenai Islam dan mula menghantar mesej soalan.
Di sini, saya bertanyakan soalan mengenai pergerakan yang dilakukan dan diberitahu bahawa pergerakan ini merupakan pergerakan ketika menunaikan solat. Pada mulanya saya tidak percaya, hinggalah saya diberi link cara solat muslim di youtube dan menontonnya.
Saya sangat terkejut dan tergamam.
Bagi seorang lelaki yang telah hilang semua ingatan berkenaan anak-anaknya, pekerjaannya dan dan pergerakannya sangat terbatas mampu untuk mengingati perbuatan solat dan bacaan solat dalam bahasa lain.
Ini adalah suatu perkara yang sangat menakjubkan dan saya dapat merasakan yang pesakit ini sangat taat pada agamanya, yang membuatkan saya ingin belajar lebih lanjut lagi untuk menjaga dia sebaik mungkin.
Semenjak itu, saya selalu masuk berdiskusi dalam paltalk dan diberikan link untuk membaca terjemahan Quran dan mendengarnya.
Salah satu bab dalam Quran iatu bab mengenai ‘lebah’, surah ini membuat bulu roma saya meremang dan saya selalu mengulanginya beberapa kali dalam sehari.
Saya simpan rakaman Quran tersebut dalam ipod saya dan pasangkannya pada pesakit saya untuk didengari, kadang2 dia tersenyum dan kadang2 dia menangis dan apabila saya melihat terjemahan ayat tersebut baru saya tahu kenapa.
Apa yang saya dapat dari paltalk, saya akan aplikasikan pada pesakit saya, lama-kelamaan saya dapati sebenarnya kehadiran saya di paltalk adalah untuk mencari jawapan bagi diri sendiri.
Sebenarnya saya tidak pernah mengambil masa untuk merenung mengenai kehidupan saya, saya tidak pernah kenal ayah saya, emak saya meninggal semasa umur saya 3 tahun, saya dan adik saya dibesarkan oleh nenek dan datuk yang meninggal 4 tahun lepas, sekarang ini hanya tinggal kami dua beradik.
Walaupun berhadapan dengan banyak kehilangan, saya sentiasa fikir yang saya masih gembira dan berpuas hati dengan kehidupan saya.
Cuma perasaan tersebut beransur-ansur hilang selepas saya meluangkan banyak masa bersama pesakit saya, saya merasakan kekosongan dan macam ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup. Saya merasakan saya kehilangan perasaan yang tenang dan aman yang dimiliki oleh pesakit saya, walaupun dia sedang mengalami penyakit yang berat.
Saya seolah mahukan perasaan dimiliki dan rasa seolah saya adalah satu bahagian daripada sesuatu, seperti yang dia rasakan, walaupun tiada orang disampingnya.
Melalui paltalk saya diberikan senarai masjid yang berhampiran dan saya pergi melawat salah satu masjid tersebut. Apabila pertama kali saya lihat perbuatan solat berama-ramai, saya tidak menahan airmata saya dari bercucuran, saya merasakan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dalam hati saya.
Setiap hari saya merasakan ditarik untuk hadir ke masjid setiap hari, imam di situ dan isterinya menghadiahkan saya buku, rakaman dan mengalukan sebarang persoalan dari saya.
Setiap soalan yang saya ajukan sama ada di paltalk atau di masjid , di jawab dengan penerangan yang jelas dan mendalam, saya seolah tiada keraguan melainkan menerima penjelasan mereka.
Dalam hidup saya, saya tidak pernah mengamalkan apa2 agama tetapi dalam hati saya, saya sangat percaya kewujudan Tuhan, saya cuma tidak tahu cara untuk melakukannya.
Pada suatu petang, saya kembali ke paltalk dan salah seorang daripada mereka bertanyakan saya, adakah anda puas hati dengan jawapan yang saya berikan, dan bertanyakan jika saya mempunyai soalan yang lain. saya menjawab saya berpuas hati dengan jawapannya dan tiada sebarang soalan. Dia bertanya lagi adakah saya gembira dengan jawapan yang dia berikan, saya menjawab ya.
Kemudian dia bertanyakan satu soalan lagi, apakah yang menghalang kamu dari meneluk Islam? Saya terdiam dan tidak dapat menjawab soalannya.
Keesokannya saya ke masjid untuk melihat solat subuh, imam di situ bertanyakan soalan yang sama, apakah yang menghalang kamu dari meneluk Islam? saya masih tidak mampu menjawabnya.
Kemudian saya terus ke tempat kerja, semasa saya sedang menyuapkan makanan pada pesakit saya dan pada masa yang sama saya melihat ke matanya, saya tersedar!
Kehadirannya dalam hidup saya mempunyai sebab , iaitu untuk mengenalkan saya tentang Islam dan hanya satu perkara utama yang menyebabkan saya menerimanya adalah kerana perasaan takut… bukan takut kepada sesuatu yang buruk, tetapi perasaan takut menerima sesuatu yang baik dan memikirkan saya tidak layak sebagaimana dia.
Pada Tengahari itu juga, saya bergegas ke masjid mencari imam untuk bertanyakan jika saya boleh berikrar dan mengucapkan 2 kalimah syahadah. Lailaha illallah, Muhammadun rasulullah… Tiada Tuhan selain Allah , Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Imam tersebut juga membantu saya mengenai apa yang saya perlu lakukan seterusnya.
Saya tidak boleh gambarkan perasaan apabila saya ucapkan perkataan itu.
Seolah-olah seseorang telah mengejutkan saya dari tidur dan saya boleh melihat dengan lebih jelas.
Perasaan bercampur baur, gembira, jelas dan sangat tenang.
Orang pertama yang saya ceritakan perkara ini bukanlah kepada adik saya tetapi pesakit saya.
Saya pergi kepada dia, dan sebelum saya sempat membuka mulut saya, dia menangis dan tersenyum melihat saya.
Saya menjadi lemah, dan menangis terkedu di hadapan dia, saya sangat terhutang pada dia.
Apabila saya pulang, saya masuk ke dalam paltalk dan mengulang 2 kalimah syahadah saya untuk group di situ.
Mereka telah banyak menolong saya walaupun saya tak pernah jumpa seorang pun daripada mereka, mereka lebih dekat dengan saya daripada adik saya sendiri.
Selepas seminggu saya bergelar muslim, pesakit saya meninggal dunia dalam tidurnya semasa saya sedang menjaganya, Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon.
Dia meninggal dengan tenang dan saya merupakan satu2nya orang yang berada disampingya.
Dia ibarat ayah yang saya tidak pernah ada dan dia merupakan pintu saya kepada Islam.
Saya sayangkan dia kerana Allah dan saya sentiasa doakan agar saya boleh menjadi seorang muslim sepertinya.”
Nota : Saudari Cassie telahpun meninggal dunia pada tahun 2010 dan sempat berdakwah pada adiknya yang akhirnya memeluk Islam.
Selamat Menyambut Maal Hijrah!
Sumber: Muslimlinkpaper
Like page The Vocket di Facebook