Apabila bulan Ramadan, ramai orang mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memperbanyakkan amal ibadah dan bersedekah. Dalam kita mahu mengejar pahala, jangan pula tiba-tiba dosa yang kita dapat.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Mulut_Cabai telah berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkkan pek makanan terbiar disebabkan terlalu banyak dan tidak disumbangkan kepada golongan memerlukan secara efisien.
Ini lah yg berlaku setiap Ramadan. Setiap hari seorang gelandangan dpt 20 ke 30 BUNGKUS. Kau ingat perut dorang kawah kenduri?
Bila ditgur, melenting. Tp diri yg xnk bertanya, belajar. Semua semata nk kejar foto amal tunjuk pada dunia. pic.twitter.com/IKs4GALlRw
— Dean or Deen (@DeanOrDeen) April 5, 2022
Isu ini bukanlah baru tetapi boleh dikatakan setiap tahun masalah ini muncul. Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa ada gelandangan mendakwa menerima 20 hingga 30 bungkus makanan sehari diberikan oleh pelbagai pihak yang mahu bersedekah.
Tambahnya, tindakan pembaziran tersebut sudah ditegur tetapi masih ada yang melenting tidak dapat menerima teguran. Malah, beliau turut memberi cadangan beberapa lokasi dan tempat untuk bersedekah dan beramal jariah sempena bulan yang mulia ini seperti kawasan perumahan PPR, hospital, pelajar-pelajar kolej yang tidak berkemampuan, dan lain-lain lagi.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berpendapat seharusnya mereka yang mahu melakukan kerja amal ini lebih peka dengan keadaan sekeliling serta bertanya kepada pihak sepatutnya.
https://twitter.com/nachoshancus/status/1511512143727792132
Please take notes sesiapa yg nk buat charity especially dlm bulan puasa.
Always remember to think strategically. Be understood that your target group should be more than just homeless people.
No idea who are they? This thread has listed down to you who you can approach. https://t.co/VEmkkM1iEG
— 🎞 (@hadiaahhh123) April 6, 2022
Padahal dari dok bagi homeless baik derma kat org miskin bandar. Homeless pun depa dapat food dari NGO yg aktif bagi sepanjang tahun kot. Or instead of bagi makanan, bagi kit mandi. Masa I ikut bagi food dulu depa ada yg tanya sabun etc. Pi kat NGO tanya depa apa yg depa perlu https://t.co/33hhotUXo9
— SenahDebab (@SenahDebab) April 5, 2022
If you're planning to donate to the needy, please reach out to established NGOs or soup kitchens like Dapur Jalanan/The Lost Food Project/Pertiwi/Kechara Kitchen & donate to them so they can effectively distribute & feed the hungry & the poor. https://t.co/BZl1aG6DcJ
— batcat th(ꪜ) (@aidathecat) April 5, 2022
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa orang yang memerlukan tidak semestinya gelandangan dan selain makanan, boleh sahaja memberikan mereka keperluan lain seperti barang membersihkan diri.
Isu yang sering dibangkitkan setiap tahun ini seperti tiada titik noktah jika masih ramai ego tidak mahu bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab. Diharap, perkongsian ini akan buka mata orang ramai berhubung isu ini.
Pada tahun lalu, DBKL telah melarang memberi gelandangan makan secara terus untuk elak pembaziran. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Mahu Elak Pembaziran, DBKL Larang Beri Gelandangan Makan Secara Terus Pada Bulan Ramadan
‘Jerat Kehancuran Hidup’- Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch ‘n Go Undang Pertikaian Netizen
‘Pijak Sahaja Bagi Sedar’- Tangan Lelaki Merayap Masuk Tirai Makmum Wanita Dikecam Netizen