Kalau sebelum ini Hugh Jackman kerap dikaitkan dengan filem-filem aksi,ini peluang anda untuk lihat sisi lain Hugh Jackman yang akan menari dan menyanyi dalam filem The Greatest Showman! Dan untuk filem ini beliau akan bergandingan dengan Michelle Williams, Zendaya, Rebecca Fergeson dan Zac Efron.

The Greatest Showman adalah filem muzikal yang menceritakan kisah hidup P.T. Barnum, seorang politician, showman, dan businessman yang sangat terkenal dan merupakan pengasas Barnum & Bailey Circus. Filem ini akan menyelami kisah hidup Barnum daripada seorang yang tidak mempunyai apa-apa kepada seorang yang menguruskan circus terbesar di dunia satu ketika dahulu.

Kami ada tiket untuk ke tayangan perdana The Greatest Showman untuk anda menangi. Seperti biasa isi butiran anda di bawah:

Tayangan Perdana ‘The Greatest Showman’

Tempat: mmC @eCurve, Damansara
Tarikh: 27 Disember 2017 (Rabu)
Masa: 9:00 malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman 20th Century Fox Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #GreatestShowmanMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Disember 2017 8.00 malam (Sabtu). Pemenang akan dihubungi pada 24 Disember 2017 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tayangan perdana ini akan berlangsung pada 27 Disember 2017 pada jam 9.00 malam di mmC @eCurve. Semoga berjaya!