London merupakan ibu kota penjajah yang lebih terkenal dengan bangunan lama seperti The Big Ben, St Paul’s Cathedral dan Stamford Brigde namun mengikut peredaran arus pemodenan, semakin banyak mercu tanda baharu yang mula mucul di kota itu seperti The Shard dan London Eye.
Menjelang 2025 nanti, menara The Tulip yang setinggi 305 meter bakal dibuka di ibu kota London bagi menarik perhatian pelancong dan bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard.
Tarikan utama pada menara ini adalah tiga sistem gondola kaca berputar yang pastinya tidak direka untuk insan yang gayat dan ianya juga mempunyai tingkat atas yang diperbuat daripada kaca untuk memberikan pandangan 360 darjah kepada pengunjung.
Menara ini dinamakan menara The Tulip kerana ianya seakan bunga tulip yang direka khas oleh firma Foster + Partners.
Pembinaan untuk menara ini dijangka akan bermula pada tahun 2020 dan bakal siap pada tahun 2025 namun buat masa sekarang ianya terdapat sedikit masalah apabila dikatakan ianya terlalu tinggi dan menghalang sistem radar yang digunakan pada lapangan terbang di sekitar London.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.