Benjamin Mendy meminta Man City membayar tunggakan gajinya sejak 2021 yang berjumlah £11.5 juta. Dia mengemukakan tuntutan itu di Tribunal Buruh Britain.
Di mana pemain itu menyatakan bahawa dia pernah merasai hidup pokai dan terpaksa meminjam wang daripada rakan sepasukannya di City untuk membayar yuran guaman dan memberikan nafkah untuk keluarganya.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa Benjamin Mendy “sangat cepat kehabisan wang” dan terpaksa menjual rumah agamnya di Cheshire untuk menampung yuran guaman, bil dan bayaran nafkah anak selepas gajinya tidak dibayar kelab itu untuk bertahun tahun lamanya.
Mendy sahkan kelab itu masih membayar gajinya pada November 2020 ketika dia pertama kali dituduh di mahkamah. Namun kelab menyatakan bahawa kelab tak perlu membayar gaji pemain itu ketika Mendy dikenakan perintah jaminan bersyarat.
Kerana kelab berpendapat bahawa pemain itu dianggap tidak hadir ke tempat kerja sepanjang tempoh itu berdasarkan larangan mahkamah ke atas Mendy daripada menghampiri perkarangan stadium atau tempat latihan kelab – dan penggantungan Persatuan Bola Sepak [FA]. Ini bermakna pemain itu dianggap tak dapat menunaikan kontraknya.
Mendy berkata: “Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Riyad Mahrez semuanya meminjamkan wang kepada saya untuk membantu saya membayar yuran guaman dan menyara keluarga saya.”
Seterusnya dia juga menuduh Ketua Operasi Bola Sepak Man City ketika itu, Omar Berrada – yang kini jadi CEO di Man United – telah menipunya. Awalnya Omar Berrada tidak menjawab mesejnya.
Namun selepas Mendy memenangi kes itu, dan Mendy didapati tidak bersalah, maka kelab akan membayar tunggakan gajinya, kata Omar Berrada kepada Mendy. Namun laporan The Times menyebut, Omar menafikan dia memberikan janji itu kepada Mendy.
😲 Benjamin Mendy: “I struggled to pay my child support when Man City stopped paying me after being charged in 2021… I felt awful…”.
💙 “Raheem Sterling, Bernardo Silva and Riyad Mahrez all lent MONEY to help me try and pay my legal fees and support my family”. pic.twitter.com/T2sWUOWqrt
— Justin (@JustinUTD_) October 14, 2024
Mendy kini masih berusaha untuk menuntut gajinya di Man City. Dalam perbicaraan di tribunal itu, Mendy mengesahkan dia melanggar perintah lockdown covid-19 dengan mengadakan parti liar.
Pemain itu kecewa hanya dia dikenakan tindakan oleh kelab. “Beberapa pemain lain turut hadir ke parti itu, namun mereka tidak ada apa apa. Kelab seperti menjadikan saya sasaran,” tegas pemain itu.
Benjamin Mendy claims 'several Manchester City stars joined sex parties' as he sues club for £11million in unpaid wages after rape charge https://t.co/wBLjmtOxFt pic.twitter.com/dKuxWDgk1f
— Daily Mail Online (@MailOnline) October 15, 2024
Ketika mahkamah mahukan pengesahan 5 nama pemain City yang turut hadir ke parti itu dengan bertanya: “Riyad Mahrez, Jack Grealish, Kyle Walker, John Stones dan Raheem Sterling.”
Dan Mendy menjawab: “Saya boleh sahkan senarai itu betul. Kesemua pemain itu menghadiri parti yang dianjurkan yang membawa kepada pertuduhan ke atas saya.”