Penyanyi Mamat, 47, mengaku bersalah mengambil dadah terlarang jenis methamphetamine pada 2019 yang lalu. Mamat sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019.
Dia membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan ke atasnya di mahkamah pada hari ini – menurut laporan Berita Harian.
Dipetik daripada sumber yang sama, mengikut pertuduhan yang dibacakan ke atasnya, Mamat memberikan dadah itu kepada dirinya sendiri pada 9 September 2019 kira kira pukul 2 pagi, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.
Mamat yang faham dengan pertuduhan ke atasnya, telah membuat pengakuan bersalah mengambil barang terlarang tersebut di hadapan Hakim Fatimah Zahaar, di Mahkamah Sesyen Johor Bharu. Mamat diwakili oleh peguamnya, Azlina Abdul Aziz.
Mamat mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram pada jam 11.35 malam di Taman Perling pada 8 September 2019.
Pertuduhan kedua juga dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.
Selepas pengakuan tersebut dibuat oleh Mamat, mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman denda RM4,000 ke atas Mamat. Dan dia juga diletakkan di bawa pemantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama 2 tahun.
Penyanyi yang pernah menempa kegemilangan pada era 90-an itu memiliki rekod kesalahan berulang kerana pernah mengambil dadah pada 2018 dan pada 2018. Dia sangat sinonim dengan kumpulan Exist yang hits dengan lagu seperti ‘Untukmu Ibu’ dan ‘Rahsia Pohon Cemara’.