Influencer TikTok, Choii didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara gopoh dengan melakukan aksi drift baru-baru ini.

Tertuduh Muhammad Faris Azri Md Hanif, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting, lapor Harian Metro.

Baca Juga:

Pada masa sama, tertuduh turut berdepan hukuman penjara selama sebulan jika gagal bayar denda.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf kesilapan dilakukan.

Sumber