Peguam kepada tertuduh kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Rosli Kamaruddin memberi gambaran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Nasiruddin Mohd. Ali dan 12 lagi tertuduh lelaki dijangka dibebaskan hari ini.
Menurut beliau, kesemua tertuduh lelaki telah selesai menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh selama 13 bulan dan 20 hari, petik Kosmo.
Baca Juga:
- Bekas Akauntan GISBH Mengaku Tidak Bersalah Pertuduhan Pengubahan Wang Haram RM3.89 Juta

- Tak Sampai 4 Bulan Dianugerahkan, Melaka Tarik Balik Gelaran ‘Datuk’ CEO GISBH

- Hotel GISBH Di Langkawi Bakal ‘Convert’ Jadi Muzium Ajaran Sesat?

Walaupun Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi mereka hukuman penjara selama 15 bulan, namun jika ditolak dengan tempoh cuti umum dan hujung minggu, ia membolehkan anak guam dibebaskan serta-merta.
“Anak guam tidak perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh sebaliknya semua urusan akan diselesaikan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang. Setelah urusan pentadbiran diselesaikan, mereka akan dibebaskan hari ini,” katanya ketika ditemui selepas prosiding.
Terdahulu, tiga belas tertuduh lelaki dihukum penjara 15 bulan. Sementara sembilan tertuduh wanita masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan atas pertuduhan menganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar menjatuhi hukuman itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang didakwa ke atas mereka dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kesemua tertuduh lelaki bermula dari tarikh tangkap pada 25 September tahun lalu.
Bagi tertuduh wanita sekiranya mereka gagal membayar jumlah denda itu, mereka boleh dipenjara selama tujuh bulan dan tertuduh-tertuduh membayar denda berkenaan.