Pemilik restoran di Kota Bharu mengakui bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memmpamerkan logo halal tanpa kebenaran di premis miliknya.
Ianya dianggap satu kesalahan yang serius oleh pesalah dan boleh mengelirukan ramai orang yang beragama Islam.
Lebih lebih lagi Malaysia merupakan antara negara yang memiliki syarat pensijilan halal yang sangat ketat di dunia.
Malah pensijilan halal di Malaysia turut diperakui di peringkat global kerana syaratnya yang sangat ketat dan teliti dibuat oleh pihak berkuasa di Malaysia.
Ramai Salah Guna, JAKIM Jelaskan Cara Produk & Premis Makanan Dapat Sijil Halal Sebenar
Tertuduh mengaku bersalah
Dalam kes yang berlaku di Kota Bharu, seorang pemilik restoran didapati bersalah mempamerkan logo halal di premis makanannya.
Tertuduh atau orang kena saman (OKS) telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Menurut pertuduhan OKS, Lim Beng Kee, telah mempamerkan logo halal di premis restoran miliknya tanpa kebenaran atau perakuan yang sah daripada pihak berkuasa pada 18 November lalu – menurut laporan Berita Harian Online.
OKS didapati telah melanggar Perintah 4(1)(a) & (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Perintah 8 (b) Perintah dan boleh dihukum di bawah Perintah 8 (B) Perintah yang sama.
Oleh itu, OKS boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 di atas kesalahan tersebut atau hukuman penjara sehingga 3 tahun atau kedua duanya sekali.
OKS yang tidak diwakili peguam telah ditawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kerana kesalahan yang dilakukannya dianggap serius.
Pemilik restoran minta kurang
Namun tertuduh yang juga pemilik restoran, kemudian meminta jaminan itu dikurangkan kerana tak cukup duit.
Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM8,000 terhadap OKS dengan seorang penjamin selain menetapkan 13 Mei sebagai tarikh untuk hukuman.