Suspek kes pembunuhan rakan karib sendiri, Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku bersalah membunuh Siti Nur Suria Ismail yang berusia 19 tahun.
Situ Nur Athirah mengaku pertuduhan ke atasnya di hadapan hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang membawa kepada hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Baca Juga:
- Walaupun Dikurangkan, Najib Masih Ada Tiga Lagi Kes Jenayah Di Mahkamah
- Pelakon Pamer Kekayaan Tarik Perhatian Bank Negara, Disyaki Terlibat Dengan Jenayah ‘Cuci Duit Haram’
- Terpalit Dengan Dakwaan Isu Jenayah, Proses Dagangan Pada Platform Hotbit Telah ‘Disekat’
Kira kira hampir 4 tahun lalu, Malaysia digemparkan dengan kematian seorang remaja perempuan di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong , Hulu Terengganu.
#KualaTerengganu Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lalu.https://t.co/vZ20ljSzqC
— Harian Metro (@hmetromy) March 5, 2024
Pada awalnya, mangsa disyaki telah disamun dan dirompak di rumahnya memandangkan barang kemas, barang kemas dan barak mekap milik mangsa dilarikan.
Mangsa meninggal dunia dalam keadaan tragis di mana dia tertiarap di ruang tamu rumahnya, dengan tangan kirinya terputus serta beberapa kecederaan lain pada bahagian mukanya.
Mangsa ketika itu menjaga ibunya yang sedang sakit di rumah mereka. Dengan ayahnya pergi bekerja.
Adik mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun, menemui mayat mangsa. Dan terus menghubungi ayahnya. Adiknya pulang dari sekolah sendirian setelah si kakak (mangsa) tidak datang menjemputnya seperti biasa.
Paling mengejutkan, selepas siasatan dibuat oleh polis, suspek merupakan rakan karib kepada mangsa itu sendiri. Di mana suspek seringkali datang ke rumah mangsa untuk melawatnya.
Ketika siasatan dibuat ke atas suspek pada masa itu, terdepan kesan lebam pada badannya. Pisau yang digunakan suspek mengelar mangsa menjadi bahan bukti untuk pendakwaan.
Dan tertuduh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 ke 40 tahun serta minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Menurut Harian Metro, oleh kerana berlaku pindaan dalam pemansuhan hukuman mati mengikuti Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, maka pesalah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun.
Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara ke atas suspek sejak tarikh penangkapannya pada 2 November 2020.