Pada petang semalam tular satu rakaman video kemalangan dahsyat melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya PLUS Utara-Selatan (Susur keluar Pedas/Linggi).

Sebuah Myvi berwarna hitam memecut di lorong kanan sehingga melanggar belakang Toyota Avanza. Setelah bahagian kanan MPV itu terseret beberapa meter di pembahagi lebuh raya, MPV itu tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki lorong tengah. Dua lagi kenderaan, Proton Persona dan Saga turut menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut.

Sekumpulan pemuda konvoi bermotosikal berhenti di tepi jalan untuk memberikan pertolongan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Semasa mereka menghampiri kereta Myvi yang menjadi punca kemalangan tersebut, mereka mendapati pemandunya dipercayai di bawah pengaruh bahan terlarang apabila mereka menjumpai alat untuk menghisap bahan tersebut.

Dalam satu video lain pula, pemuda itu mendakwa mengaku dirinya ‘Imam Mahdi’ kepada kumpulan konvoi motosikal itu dan turut dirakam ketika dia duduk di tempat penumpang belakang sedang mengucap dua kalimah syahadah sambil memeluk bantal berwarna merah.

Rakaman video-video kemalangan itu mengundang kemarahan netizen kepada pemandu Myvi itu yang telah menyebabkan pengguna-pengguna lebuh raya yang tidak bersalah turut menjadi mangsa kemalangan.

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam yang tular itu, dia telah pun membuat aduan di balai polis terdekat dan PLUS. Mana-mana mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu boleh hubungi balai polis untuk rujukan. Bukti berupa video dan gambar individu disyaki telah diberikan kepada pihak berkuasa.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk baca lagi ‘Top 3’ artikel tempatan yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada sepanjang minggu lalu.

Wanita Ini Cerita Pengalaman Tinggal Di ‘Bandar Hantu’ Forest City Johor Bahru

Netizen Meragui Aksi ‘Drift’ Nissan Skyline Turun Genting Highlands Ini Dirakam Secara Tidak Sengaja

Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM

Sumber