Wanita berusia 26 tahun, Siti Nur Nuramira Abdullah yang tular di media sosial kerana mempersendakan agama dengan menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menghina Islam.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Manakala teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memetik laporan Buletin TV3, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman selama empat hari hingga  hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman selama tiga hari.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai membuat satu stand-up comedy didakwa di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri serta mengaku sebagai seorang wanita Muslim yang menghafaz 15 juzuk al-Quran, kemudian membuka pakaian sehingga mendedahkan sebahagian tubuh badannya.

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video itu, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara serta-merta lesen kelab komedi itu susulan tular video terbabit.

Sebelum ini JAWI mengeluarkan kenyataan akan membuat siasatan lanjut mengenai wanita yang mempersenda agama di kelab komedi.

JAWI Bakal Siasat Wanita Persenda Dan Hina Kesucian Agama Islam Di Sebuah Kelab

Syarikat Rakaman Malaysia Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Kena ‘Banned’ Oleh YouTube

Kereta ‘BMW Silver’ Jadi Punca Kemalangan Sudah Dikenal Pasti, Mangsa Akan Ambil Tindakan

Sumber