Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk berbudi bahasa serta beradab antara satu sama dengan yang lain. Dalam pada itu, masih terdapat segelintir individu yang terlalu mengikut emosi dalam membuat sebarang tindakan.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian video yang menyaksikan seorang wanita yang berang hanya kerana pemandu bas tidak membenarkan wanita ini memasuki bas sewaktu berhenti.
Meskipun sudah diterangkan oleh pemandu bas bahawa mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan hanya membuka pintu bas pada waktu yang ditetapkan, wanita ini menegaskan beliau sudah beberapa kali menggunakan pengangkutan awam.
Dengar suara pun tau driver bas ni makcik yang dah berumur, tenang je dia explain. Yang ko nak marah marah kenapa kak, ko Google la nombor customer service yg nak hangin sangat kenapa. Ni msti jenis pempuan dia je yg betul. pic.twitter.com/YBgxSsWICk
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 1, 2024
“Saya bukan naik bas first time la. Mana ada orang berhenti time orang kosong macam tu” ulas wanita ini.
Wanita ini turut mendesak pemandu bas wanita ini untuk memberinya nombor khidmat pelanggan supaya beliau dapat berhubung terus dengan wakil sepatutnya.
Perkongsian video yang dibuat telah meraih perhatian para netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan wanita ini. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan terdapat bas yang tidak membuka pintu kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.
Weh perempuan ni ingat bas tu bas yang kau jenis tahan tepi jalan mana2 dia terus buka untuk kau? Ada schedule gila kadang bas berhenti lama tak buka pintu sbb ada schedule timing kena jalan. Aku baran sebab terbayang kalau mak kita ke yg bawa bas kena hadap org mcm ni! ๐ญ๐ค https://t.co/RvKZICVemk
— KEEM (@keemmazni) January 1, 2024
Driver bas ni orang yang kau tak patut marah. Your life is in their hands whenever they're driving. Be nice and smile at them. Dah lah rapidKL sentiasa tak cukup bas driver. Like you said, perempuan bodoh, complain with the customer service lah. https://t.co/iVkW4oYsC6
— รกlรฌฤ should be serious (@thicksaladroll) January 2, 2024
Pemandu bas awam veteran kebanyakannya wira tak didendang.
Rasanya semakin berkurang pelapis dalam kalangan orang tempatan yang boleh ganti tempat mereka ni.
Adat Melayu, dengan yg tua lagi tambah hormatnya. Benda boleh bincang, nak naik angin berkau-kau dgn mak cik bas pasepa. https://t.co/Dywl0NiGvT
— ุตูู๐ฉุฏููุฉ ููุณูููุทูู (@UdaShafiq) January 1, 2024
kata bukan first time naik public transport takkan taktau semua bas macam ni, kalau bukan timing dia nak jalan memang diorang takkan bukak pintu dan bagi orang masuk https://t.co/GX53Log9yR
— ๐ (@kweytiao) January 1, 2024
Selain itu, terdapat juga netizen yang pelik dengan tindakann wanita ini yang memaklumkan dirinya sudah kerap menggunakan pengangkutan awam namun tidak tahu mengenai prosedur pengangkutan awam yang dinaiki.