Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk berbudi bahasa serta beradab antara satu sama dengan yang lain. Dalam pada itu, masih terdapat segelintir individu yang terlalu mengikut emosi dalam membuat sebarang tindakan.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian video yang menyaksikan seorang wanita yang berang hanya kerana pemandu bas tidak membenarkan wanita ini memasuki bas sewaktu berhenti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun sudah diterangkan oleh pemandu bas bahawa mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan hanya membuka pintu bas pada waktu yang ditetapkan, wanita ini menegaskan beliau sudah beberapa kali menggunakan pengangkutan awam.

“Saya bukan naik bas first time la. Mana ada orang berhenti time orang kosong macam tu” ulas wanita ini.

Wanita ini turut mendesak pemandu bas wanita ini untuk memberinya nombor khidmat pelanggan supaya beliau dapat berhubung terus dengan wakil sepatutnya.

Perkongsian video yang dibuat telah meraih perhatian para netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan wanita ini. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan terdapat bas yang tidak membuka pintu kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.

Selain itu, terdapat juga netizen yang pelik dengan tindakann wanita ini yang memaklumkan dirinya sudah kerap menggunakan pengangkutan awam namun tidak tahu mengenai prosedur pengangkutan awam yang dinaiki.

Sumber