Sebelum ini, Perdana Menteri Dr. Tun Mahathir Mohamad ada menyatakan hasrat untuk membawa perlumbaan berprestij dunia, Formula One (F1) kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Setelah tiada lagi penganjuran perlumbaan tersebut semenjak tahun lepas, Dr. Tun Mahathir Mohamad nampak serius untuk membawa kembali perlumbaan tersebut ke Sepang. Namun baru-baru ini, Shamil Norshidi berkongsi cadangan mengenai penganjuran tersebut di Twitter miliknya.

Menurutnya, jika Dr. Tun Mahathir Mohamad serius untuk membawa kembali perlumbaan tersebut di Malaysia, dia memberi candangan untuk pertimbangkan penganjuran perlumbaan tersebut di Putrajaya. Maknanya, berpindah dari Sepang International Circuit (SIC) perlumbaan litar bandar.

Ini merupakan beberapa faktor yang boleh diambil kira berdasarkan cadangan daripada saudara Shamil Norshidi.

1. Dapat menonjolkan tempat pentadbiran negara

D_bkj-8UEAA74GN.jpg-large
Sumber: Shamil Norshidi

Putrajaya merupakan tempat yang penuh dengan bangunan-bangunan pentadbiran negara seperti pejabat Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan banyak lagi. Sesuai jika diadakan perlumbaan pada waktu malam dan menunjukkan kecantikan seni reka bangunan pentadbiran negara serta tidak akan menganggu trafik.

2. Beri saingan kepada trek F1 Singapura

Singapura telah memperkenalkan perlumbaan F1 di beberapa tempat dalam Singapura itu sendiri. Jika Malaysia juga hadir dengan konsep seperti di Singapura, pasti dapat menarik ramai pihak untuk menyertai kejohanan tersebut, malah dapat memberikan manfaat kepada perniagaan di sekitar Putrajaya.

3. Pemandangan dari dua jambatan ikonik di Putrajaya

Malah, pelumba akan dihadiahkan dengan pemandangan yang menarik dari dua jambatan gantung di Putrajaya iaitu Seri Wawasan dan Seri Saujana. Bukan hanya unik, malah ianya akan memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan oleh para penonton yang hadir.

4. Dataran Gemilang antara laluan perlumbaan

dataran gemilang

Dataran Gemilang iaitu bulatan besar yang direka dengan indah dan dikelilingi dengan bangunan penting kementerian. Pasti bulatan ini akan memberikan sedikit cabaran kepada pelumba.

5. Kemudahan yang lengkap

putrajaya-
Sumber: Google

Jika dijalankan di sini, kemudahan yang lengkap seperti kemudahan awam dan tempat parking yang banyak dan selesa akan memudahkan dan menarik lebih ramai penonton. Jika dibandingkan di Litar Antarabangsa Sepang yang tidak mempunyai kemudahan mesra pengguna dan harus meletakkan kenderaan jauh dari Litar Antarabangsa Sepang, Putrajaya adalah pilihan terbaik.

Bagi Shamil Norshidi, perlumbaan F1 ini memiliki peminatnya tersendiri dan dengan membawa perlumbaan dalam bandar Putrajaya itu sendiri boleh menarik ramai orang untuk menontonnya. Ini adalah pendapat dan cadangan peribadi Shamil Norshidi, apakah pendapat anda?