Sebuah lori menurut saksi kejadian dilaporkan telah merempuh seorang penunggang basikal di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya pada pagi ini.

Dalam kejadian yang berlaku jam 9.40 pagi tadi itu, mangsa yang berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan sejurus tiba di lokasi kejadian.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Terdahulu, perkongsian mengenai kemalangan itu pertama kali dilaporkan oleh saksi kejadian yang berkongsikan kejadian berkkenaan di Facebook sebelum tular dan dikongsikan kembali netizen.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, berhati-hatilah kawan-kawan yang kayuh basikal di luar sana.

“Hari ni OTW balik dari jogging, saya adalah saksi utama kemalangan maut yang membabitkan rider basikal apabila mangsa bergesel dengan lori,” kongsi saksi di Facebook.

131642153_10224380691926179_2958294876264682526_n
Basikal yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut berkenaan. Foto: Facebook

Saksi, Mohd Shukri @ Budiman Hassan seperti dipetik Berita Harian memberitahu beliau ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berjogging di kawasan berhampiran.

Menurut beliau, lori berkenaan secara tiba-tiba terbabas dan menaiki penghadang jalan sebelum beliau melihat ada sesuatu yang bergolek.

Selepas melihat kejadian itu, beliau kemudiannya membunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti.

“Apabila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal,” katanya kepada Berita Harian.

131904640_10224380692206186_681462051618283580_n
Foto: facebook

“Kejadian berlaku di Persimpangan Puspanitpuri Presint 10. Saya terus berhenti di tepi jalan dan pergi kearah mangsa. Saya check nadi mangsa dan rasa nadi beliau amat lemah dan terus menghubungi talian kecemasan.

“10 minit kemudian ambulans dan anggota polis sampai di tempat kejadian. Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia,” kongsi beliau.

Menurut Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao mengesahkan kemalangan berkenaan dan menjelaskan pihaknya masih menjalankan siasatan dan telah menahan pemandu lori untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa juga menurut beliau telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan akan disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga perkembangan semasa dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan ‘Double Meaning’ Di Lebuh Raya

Ratusan Peminat Beratur Sejak Pagi Sempena Pembukaan Uniqlo ‘Roadside Store’

Netizen Kongsi Keterujaan Pembukaan Starbucks Pertama Di Perlis Tahun Hadapan