Jambatan monorel Putrajaya yang telah terbengkalai lebih 20 tahun akan diguna semula sebagai laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal mulai Januari depan, petik Free Malaysia Today.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau telah menerima banyak cadangan berhubung perkara ini sejak memegang jawatan.
Baca Juga:
- Kelantan Jadi Penyumbang Terbesar, Lunaskan Pembelian Tanah RM5 Juta Kompleks PAS Pusat Berhampiran Putrajaya

- JPJ Tawar Baki Nombor Plat Istimewa Siri Putrajaya Tak Terjual

- Penduduk Bangi, Putrajaya Teruja Diliputi Kabus Tebal Macam Di Cameron Highlands

Beliau berkata selepas 20 tahun, isu ini akhirnya akan diselesaikan dan berharap jambatan tersebut kelak menjadi tarikan pelancong untuk menikmati pemandangan indah Tasik Putrajaya.
Ucapan beliau pada Karnival Putrajaya 2025 baru-baru ini telah disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Fadlun Mak Ujud.
Fadlun memberitahu pemberita bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta bagi menaik taraf jambatan tersebut, menjadikannya laluan rekreasi untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, sambil menambah bahawa projek itu berjalan lancar dan kini telah siap separuh.
“Kerja-kerja sedang dijalankan dan dijangka siap pada Disember. Hanya sambungan jambatan, tanjakan serta sentuhan akhir yang masih berbaki,” katanya.
Beliau berkata jambatan sepanjang 200 meter itu akan dihadkan untuk penggunaan basikal memandangkan kapasiti asalnya direka untuk sistem monorel.