Ketika ini, aktiviti berbasikal boleh dikatakan sudah menjadi trend dan ramai mula membeli basikal demi memulakan hobi ini. Tidak kira tua atau muda, ramai yang mengikuti trend ini untuk gaya hidup sihat dan mungkin hanya sekadar mahu mencuba.

Akan tetapi, ada sahaja berita yang tidak enak didengar berkaitan dengan kumpulan berbasikal ini. Sebelum ini, tular ada individu yang mahu ‘flex’ bergambar bersama basikal di atas pokok di Perak dan terbaharu tular gambar individu memulakan ‘trend’ memanjat roundabout Elmina untuk bergambar bersama basikal mereka.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

https://twitter.com/hvsrul/status/1335594298260090881

Perkongsian gambar oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian netizen dan para netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab geng basikal tersebut demi mengambil gambar.

https://twitter.com/DyjPogue/status/1335776528806756353

https://twitter.com/shukrixm_/status/1335719144558264320

Malah, rata-rata netizen juga mengatakan tindakan para individu itu tidak wajar dan merosakkan imej cyclist. Bukan itu sahaja, seharusnya individu-individu tersebut mengikuti peraturan yang ditetapkan dan menjaga keselamatan diri dan juga orang awam. Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

Bagi anda yang terlepas berita sebelum ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Luah Kekecewaan Selepas Melihat Gambar Bersama Basikal Di Atas Pokok Ini

‘Mengalah Sahaja Daripada Binasa’- Pelari Ini Kongsi Pesanan Buat Geng Basikal Yang Masih Degil

Model Instagram Diberi Amaran Oleh DBKL Selepas Bergambar Dan Rosakkan Pokok Bunga Di River Of Life