Kadang-kala kita pasti merindui zaman-zaman retro yang menggamit kenangan lalu. Malah, kini orang ramai mulai bereksperimen untuk merakam video atau mengambil gambar dengan vibes 90-an yang mana dilihat lebih estetik dan unik.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Yashwin Marthaveron, beliau telah memperlihatkan koleksi gambar yang dirakam secara unik pada acara Tokyo Auto Salon di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Baca Juga:
- Video Tular Ini Buat Netizen Kongsi Kenangan Manis Bersama Hot Wheels
- Lihat Kenangan Budak Sekolah Zaman 90an
Beliau memaklumkan bahawa telah mengambil gambar dengan telefon bimbit yang sudah berusia lebih 10 tahun lamanya.

Model telefon pintar yang dimaksudkan adalah Nokia C1 di mana berjaya dijumpai sewaktu sedang mengemas di rumah. Hasil gambar yang dipaparkan sudah pastinya kabur yang mana sangat menepati citarasa beliau yang mahukan vibes 2000.

Memandangkan kereta-kereta yang dipamerkan datang daripada tahun 90-an, jadi terhasillah gambar seperti berada di zaman retro pula. Bahkan, hasil gambar sedemikian memang dikaitkan dengan budaya kereta JDM di Jepun sewaktu zaman kegemilangannya seperti yang dijumpai di internet.
Menariknya, hantaran beliau telah mencuri perhatian pengguna Facebook yang mana memuji hasil gambar yang ditampilkan memang unik dan menarik. Malah, pilihan penggunaan kamera telefon Nokia lama juga dilihat sebagai satu langkah yang bijak dalam menyerlahkan vibes 2000-an.



Jadi tidak hairanlah, kini semakin ramai yang berminat mendapatkan telefon bimbit atau kamera polaroid retro kerana mahukan efek gambar yang lebih unik dan estetik yang menggamit kenangan silam.