Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya dan pastinya ramai sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman selepas 2 tahun tidak dapat menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.
Perkhidmatan kenderaan awam seperti bas, keretapi dan juga kapal terbang menjadi pilihan anak perantau untuk pulang ke kampung halaman. Difahamkan, pengguna perkhidmatan bas berdepan kenaikan harga tiket antara 10 hingga 20%.
Menurut laporan, kenaikan harga tambang bas ekspres tersebut berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang bermula dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Mohamad Ashfar Ali berkata, kerajaan telah menetapkan kadar tambang pada RM0.10 setiap kilometer ke atas tambang bas ekspres sedia ada sepanjang tempoh tersebut.
Tambahnya, kenaikan harga dalam lingkungan 10% tersebut sebenarnya digunakan untuk menampung kos pekerja dan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri serta berperanan sebagai insurans bas baharu.
Malah, sebanyak 4,700 bas ekspres akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut membawa 141,000 penumpang ke destinasi seluruh negara. Akan tetapi, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk menambah kuantiti bas sepanjang tempoh Aidilfitri.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
‘Live’ TikTok Ketika Sesi Pembelajaran Di Sekolah, Netizen Mahu Guru Ini Dikenakan Tindakan
Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian