LaLiga menggesa penahanan segera ke atas mana mana penyokong yang terlibat dalam kempen kebencian yang menyasarkan Vinicius Jr menjelang perlawanan derbi Madrid Ahad ini di Atletico Madrid.
Kempen yang dilancarkan di media sosial di bawah hashtag “#MetropolitanoConMascarilla” (‘Metropolitano dengan topeng’) bertujuan untuk menggalakkan peminat Atletico memakai topeng di Stadium Metropolitano pada hari Ahad untuk mendera pemain sayap Brazil itu secara perkauman tanpa mendedahkan identiti mereka.
Ini selepas 3 penyokong Valencia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 8 bulan kerana mengejek Vinicius secara perkauman. Pertama kali mahkamah Sepanyol menghukum penyokong bola sepak kerana penderaan verbal ke atas pemain bola sepak.
Beberapa tangkapan telah dibuat di Sepanyol sejak tahun lalu kerana penderaan perkauman yang ditujukan kepada Vinicius, yang berkulit hitam.
Dan minggu lalu, peminat Atletico yang masih sakit hati dengan Vinicius kerana menari di hadapan mereka sebelum ini, mahu melancarkan kempen pakai topeng dan hina Vinicius sepenuh jiwa raga.
La Liga mendapat tahu kempen tersebut. Dan mereka berkata: “LaLiga ingin mengumumkan bahawa kami akan terus melaporkan secara rasmi dan meminta penahanan segera penghasut di sebalik kempen kebencian yang ingin mempromosikan tindakan perkauman dan menghina.
“Kempen ini merupakan jenayah hasutan kepada kebencian, seperti yang ditakrifkan dengan jelas dalam Kanun Keseksaan. LaLiga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini yang – secara langsung atau tidak langsung – menggalakkan, mempromosi dan menghasut kebencian terhadap individu, dalam kes ini, pemain Vinicius Jr, kerana kaumnya.
“Perbuatan ini bukan sahaja menjejaskan imej sukan dan negara kita, tetapi juga memberi ancaman langsung kepada integriti dan kesejahteraan semua peminat.”
🚨BREAKING: La Liga will file a case and request the immediate ARREST of the instigators of the hate campaign by Atlético fans to racially insult Vini Jr. and Real Madrid players at the derby. pic.twitter.com/OKPvwlUvb3
— Madrid Zone (@theMadridZone) September 28, 2024
Tahun lalu, empat penyokong Atletico didakwa kerana menggantung patung Vinicius dari jambatan di Madrid.
Real Madrid juga memfailkan aduan pada Mac dengan pejabat pendakwa raya negeri selepas video media sosial menunjukkan dakwaan nyanyian perkauman oleh peminat Atletico menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pasukan mereka menentang Inter Milan.
Atletico juga diarah menutup sebahagian kawasan seksyen tempat duduk bahagian selatan mereka untuk dua perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) selepas pemain Athletic Bilbao Nico Williams mengalami penderaan perkauman pada April.