Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menyatakan bahawa gol pertama Bruno Fernandes pada aksi Man United vs Chelsea sebagai daripada kedudukan ofsaid.
Maresca berkata: “Saya baru sahaja melihat semula gol itu di televisyen. Dan ianya ofsaid. Namun mereka memutuskan ianya tidak ofsaid, walaupun mungkin mereka juga yakin bahawa itu ofsaid.
BRUNO FERNANDES!
OFFSIDE OR NOT! pic.twitter.com/QD1XXYyFXw
— Football Xtra (@FootyXtraa) September 20, 2025
“Sudah tentunya, gol seperti itu sebahagian daripada bola sepak.”
Satu foto dikeluarkan oleh VAR menjelaskan kenapa gol Bruno Fernandes tidak ofsaid. Di mana teknologi pengesan ofsaid separa automatik mendapati bahawa bahagian anggota badan Bruno Fernandes yang ofsaid adalah lengannya.
Kedudukan kaki dan anggota badan ‘yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol’ adalah dalam keadaan onside.
Dalam peraturan, seseorang pemain itu tidak boleh menjaringkan gol menggunakan lengan atau tangan mereka.
Jadi, Bruno Fernandes tidak boleh dikira ofsaid jika lengannya yang ofsaid.

Oleh sebab itu gol itu diberikan oleh VAR dan dipersetujui oleh pengadil perlawanan.
Bruno Fernandes beats the offside trap 🔥
Man Utd have an early lead against ten-man Chelsea ⚽💥
📺 Stream #MUNCHE on DStv: https://t.co/B0jLrQW5cc #SSFootball | #SSPremierLeague pic.twitter.com/JFpNNuSFx1
— SuperSport Football ⚽️ (@SSFootball) September 20, 2025
Penjelasan lanjut
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), peraturan ofsaid yang terkkini, seorang pemain dianggap berada dalam kedudukan ofsaid jika mana-mana bahagian kepala, badan, atau kaki berada di kawasan lawan, melepasi garisan tengah, serta lebih hampir ke gawang berbanding bola dan pemain kedua terakhir.

Namun begitu, bahagian tangan dan lengan tidak diambil kira dalam penentuan kedudukan ofsaid.
Pemain hanya akan dihukum jika mereka benar-benar terlibat dalam permainan ketika rakan sepasukan melakukan hantaran, sama ada dengan menyentuh bola atau mengganggu pihak lawan.
Bahagian yang dikira ofsaid:
- – Kepala
- – Badan
- – Kaki
Bahagian yang tidak dikira ofsaid:
- – Tangan
- – Lengan
Penjelasan ini adalah berdasarkan imej dikeluarkan VAR. Anda mungkin ada pendapat lain? Mungkin anda juga sependapat dengan Enzo Maresca.