Usahawan Datuk Seri Vida tidak lagi lagi perlu diperkenalkan dan namanya sering terpalit kontroversi disebabkan tindakannya yang kadangkala dilihat ‘melampau’ serta tidak munasabah.
Terbaharu, Datuk Seri Vida telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya memaparkan dirinya mendukung seorang bayi ketika berada di sebuah pusat membeli-belah.
Baca Juga:
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Menerusi video terbabit, Datuk Seri Vida dilihat teruja dan gembira ketika mendukung bayi itu tetapi keterujaannya dilihat melampau apabila menjerit di sebelah telinga bayi tersebut.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kurang senang dengan tindakan Datuk Seri Vida yang ‘menjerit’ kuat pada bayi itu.
Bukan itu sahaja, para netizen juga beranggapan bahawa bayi itu masih kecil dan mungkin terkejut lalu menangis disebabkan mendengar suara atau bunyi yang kuat.