Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang merupakan TikToker Famous memiliki lebih 600 ribu pengikut telah menarik perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas sekolah tersebut kerana konten yang tidak boleh diterima.

Nancy menegaskan bahawa pihak kementeriannya sedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri Johor bagi membantu siasatan.

Lelaki tersebut kerap memuat naik konten dia memandu bas sekolah dengan beberapa konten ‘sweet’ dengan kanak kanak perempuan.

Salah satu konten yang dianggap semakin melampau apabila dia menulis dengan kapsyen ‘hari ini crush kita buat homework’ telah mengundang pelbagai reaksi.

Nancy menerusi siaran di X berkata: “Perlakuan seperti ini tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak Kanak [JPKK] untuk membuat laporan polis dengan segera dan kami bersedia bekerjasama dengan D11 IPK Johor.”

Nancy memberikan respon kepada kerisauan seorang pengguna media sosial yang tidak selesa dengan konten lelaki tersebut. Di mana Ikhwan berkata: “Ramai sudah bersuara tentang pemilik akaun  TikTok dengan lebih 600 ribu pengikut yang meragukan ini.

“Kapsyen ini adalah tidak kena bagi saya. Kamu tidak boleh memuat hantara melibatkan anak perempuan orang lain yang masih bersekolah rendah dengan kapsyen: ‘Hari ini crush kota buat kerja rumah’.

“Dah la merakam kanak kanak.”

Akaun TikTok tersebut mulai dibanjiri netizen yang mengingatkan pemandu bas sekolah tersebut bahawa dia kini sedang dalam perhatian ramai setelah Nancy Shukri sendiri yang mahu lelaki tersebut disiasat.

Netizen juga semakin bimbang melihat konten konten yang lain pemandu bas tersebut yang dianggap memang agak mencurigakan dan tidak sepatutnya dia muat naik di akaun TikToknya.