Sudah mencapai keputusan bagi akhir tahun 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar baru-baru ini menegaskan sekali lagi pengharaman atau larangan penggunaan vape itu berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Difahamkan meskipun terdapat alasan memaklumkan bahawa vape atau rokok elektronik membantu golongan perokok tegar dalam proses mengurangkan gejala merokok, namun adalah wajar dielakkan penggunaannya terutama sekali kepada golongan yang berjinak-jinak tanpa sebarang tujuan munasabah.

Baca Juga:

Sumber: utusan Malaysia

Daripada perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama daripada keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali dalam kitab-kitab mereka.

Beliau memaklumkan ulama keempat-empat mazhab itu menyatakan bahawa bahan yang memudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya.

Tambahnya lagi, antara kriteria kemudaratan diambilkira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan atau minuman atau bahan ialah kemudaratan bahan itu terbukti dengan jelas atau nyata.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam sebagai menjawab soalan dikemukakan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor).

Mohd Hasnizan meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) mengenai penggunaan vape yang memberikan kesan kepada kesihatan.

Sumber