Selama ini kita sering dengar tentang persaingan ekonomi di Asia Tenggara, tapi kali ini kenyataan yang keluar memang agak ‘panas’.
Menteri Penyelaras Bidang Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, secara terbuka mendakwa ada negara jiran yang rasa kurang senang dengan kepesatan ekonomi Indonesia sekarang.
Paling mengejutkan, beliau memetik nama Singapura sebagai contoh utama pihak yang didakwa cuba ‘menghalang’ kemajuan negara itu.
Kenapa Singapura ‘Tak Suka’?

Menurut Airlangga, rasa tidak selesa ini muncul apabila Indonesia semakin aktif menyertai pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan blok dagang antarabangsa.
“Singapura tidak suka jika Indonesia terlibat dalam semua perjanjian perdagangan bebas. Malah, ada usaha-usaha untuk menghalang kemajuan kita,” katanya dalam satu acara di Jakarta baru-baru ini.
Walaupun beliau tidak mendedahkan secara terperinci apa bentuk ‘gangguan’ tersebut, mesejnya jelas: Indonesia kini bukan lagi pemain kecil yang boleh dibuli dalam sektor perdagangan.
Di bawah arahan Presiden Prabowo Subianto, Indonesia nampaknya sedang ‘pecut’ habis-habisan untuk membuka akses pasaran ke seluruh dunia.
Indonesia Kini ‘Leading’ di ASEAN?
Antara pencapaian besar mereka termasuklah sedang dalam menjadi ahli OECD (pertubuhan negara maju) yang mewakili 70% perdagangan dunia serta Berjaya memeterai perjanjian besar (CEPA) dengan Kesatuan Eropah dan Kanada dan sudah pun mendapat akses luar selepas sertai RCEP yang melibatkan kuasa besar seperti China, Jepun, dan Australia.
Walaupun Indonesia mengakui mereka masih sedikit tertinggal di belakang Malaysia, Singapura, dan Vietnam dalam blok CPTPP, Airlangga yakin kedudukan Indonesia sekarang adalah yang paling depan dalam ‘perlumbaan’ perdagangan bebas global.
Persaingan ini sebenarnya menunjukkan betapa agresifnya negara jiran kita dalam menarik pelaburan asing dan mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.
Bagi Indonesia, sasaran mereka jelas iaitu mahu jadi kuasa ekonomi dunia yang tidak boleh dipandang rendah lagi.
Jika benar ada ‘drama’ di sebalik tabir antara Indonesia dan Singapura, ia pasti akan memberi kesan kepada dinamika ekonomi di rantau ASEAN ini.
Apa pendapat anda? Adakah ini sekadar persaingan sihat dalam perniagaan atau memang ada ‘perang dingin’ ekonomi yang sedang berlaku di antara negara jiran kita?