Seorang menteri Israel mendapat kecaman daripada masyarakat dunia Islam selepas didakwa menggesa agar bulan suci Ramadan “dihapuskan”, lapor MEM.

Beliau memberi alasan bahawa bulan suci yang disambut oleh umat Islam diseluruh dunia itu akan menyemai ketegangan yang diramalkan meningkat di Tebing Barat sepanjang bulan Ramadan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Komen itu dibuat oleh Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu, dalam wawancara baru-baru ini dengan Radio Tentera.

“Bulan Ramadan yang akan datang mesti dihapuskan, dan ketakutan kita terhadap bulan ini juga mesti dihapuskan,” kata Eliyahu.

Kenyataannya dibuat ketika laporan keselamatan terbaru Israel menunjukkan kebimbangan Zionis terhadap akan meletusnya perang di Tebing Barat dan Timur al-Quds semasa bulan Ramadhan.

Menurut media Israel, situasi tegang meningkat pada bulan Ramadan akibat peperangan Israel di Gaza dan sekatan yang dikenakan oleh rejim Tel Aviv berhubung peraturan beribadat di Masjid al-Aqsa.

Untuk makluman, masjid Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam dan kebiasaannya menarik ratusan ribu jemaah terutamanya pada bulan Ramadan.

Bulan lalu, Saluran 13 Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan sekatan ke atas akses Palestin ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan.

Tindakan Israel melaksanakan sekatan lebih ketat pada bulan Ramadan dianggap sangat provokatif dan berbahaya oleh ramai pemerhati dan kumpulan hak asasi manusia.

Oleh itu, Amichai Eliyahu menyeru agar ketakutan terhadap bulan suci Ramadan dihapuskan.