Masa empat jam yang diperutukkan oleh Angkatan Pertahanan Israel untuk orang awam keluar dari Gaza pada Selasa lalu telah memperlihatkan beratus orang awam berjalan sambil mengibarkan bendera putih dan memegang kertas pengenalan diri.

Video di tempat kejadian, termasuk yang diterbitkan oleh IDF, menunjukkan beratus orang Palestin menuju ke selatan, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bercakap kepada CNN sebelum melintasi pusat pemeriksaan IDF yang didirikan di Jalan Salah Eddin, salah satu daripada dua lebuh raya utama utara-selatan di Gaza, mangsa yang dipindahkan berkata mereka telah berjalan selama berjam-jam.

AP Photo/Mohammed Dahman
AP Photo/Abed Khaled
REUTERS/Ahmed Zakot
AP Photo/Abed Khaled

Ada yang tidak membawa apa-apa selain botol air, manakala yang lain memegang bendera putih, menandakan harapan mereka agar perjalanan mereka untuk keluar dari Gaza selamat.

Sebelum ini difahamkan bahawa IDF telah berulang kali menyeru agar orang awam di Gaza untuk bergerak ke selatan kerana mereka akan menambah serangan ke atas Hamas di Bandar dan utara Gaza.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, kira-kira 5,000 orang telah terpaksa melarikan diri ke selatan Gaza dengan berjalan kaki.

Sumber