Seorang lelaki berketurunan Bajau mempunyai satu kelebihan yang amat jarang di miliki oleh orang lain. Sulbin, adalah seorang nelayan tetapi cara beliau menangkap ikan bukanlah menggunakan jala seperti yang biasa kita lihat tetapi beliau menyelam sendiri sehingga ke dasar laut dan memburu ikan seolah-olah sedang berburu di atas darat.
Apa yang menarik perhatian adalah keupayaan menakjubkan Sulbin yang mampu menahan nafas dalam satu tempoh yang lama ketika berada di dasar laut. Kami yakin di Malaysia juga terdapat individu seperti beliau cumanya jarang diketahui ramai. Anda boleh tonton video dokumentari BBC dibawah:
https://youtu.be/MgRpwESWPLM