Seorang wanita di Kanada terkejut melihat satu rakaman yang berjaya direkod oleh kamera pengawasan diletakkan diluar rumahnya. Dalam rakaman kamera tersebut, terpampang dua figura seperti ahli sihir yang kelihatan sedang memakan bangkai rusa.

Melalui laporan media antarabangsa, kedua-dua figura ‘bomoh’ itu kelihatan seperti sedang melakukan ritual.

Baca Juga:

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ia benar-benar menakutkan kami, bukan sesuatu yang anda lihat setiap hari,” kata Corine Stanhope, seorang jururawat dan pencinta alam yang tinggal di Powell River, British Columbia, Kanada.

Mulanya Corine menjumpai bangkai rusa berhampiran rumahnya yang kebutalan memang berhampiran dengan hutan. Dia kemudiannya membiarkan sahaja bangkai tersebut dan memasang kamera di situ dengan niat untuk merakam kalau ada haiwan yang tertarik dengan bangkai tersebut.

“Saya dan datuk memasang kamera untuk melihat jika ada haiwan lain dan ada kucing hutan,” katanya.

Bagaimanapun, selepas menyemak rakaman kamera, satu perkara yang sangat tidak jangka telah dirakam. Terdapat rakaman dua wanita separuh bogel menghampiri bangkai itu dan dilihat memakannya.

Corine menambah bahawa dua figura itu muncul kira-kira 10 minit selepas matahari terbenam. Penampilan mereka kelihatan kusut masai dan seperti memakai rambut palsu.

“Anda tidak tahu sebenarnya. Saya tidak tahu sama ada dia menghidunya, atau memakannya, tetapi menyentuh bangkai yang reput seperti itu membuatkan saya loya. Mungkin mereka sedang lakukan ritual tetapi mereka telanjang,” katanya.

Dia berharap kejadian itu hanyalah gurauan. Dia memutuskan untuk tidak menghubungi polis selepas datuknya menilai bahawa tidak ada yang menyalahi undang-undang.

Media sosial teruja selepas Corine menyiarkan gambar tersebut. Ada yang mendakwa ia gurauan dan ada pula yang membuat spekulasi bahawa terdapat unsur syaitan atau paranormal.