Pada hari ini ada banyak jenis instrumen pelaburan yang boleh dipilih orang ramai bersesuian dengan ‘bajet’ yang dimiliki masing-masing.

Bagaimanapun setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri, sama ada rugi kecil atau rugi besar.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini warganet meluahkan rasa penyesalan mereka apabila mengalami kerugian selepas membuat pelaburan unit trust selama beberapa tahun.

Sumber Gambar: Shikin Hassan

Luahan warganet itu dikongsikan melalui ruang komen hantaran Facebook Shikin Hassan, di mana beliau berkongsi pengalaman peribadi berhenti daripada meneruskan pelaburannya melalui unit trust.

Difahamkan beliau menutup pelaburan tersebut selepas 13 tahun. Baginya, beliau sudah ‘termakan’ dengan janji bulan bintang oleh ejen unit trust.

“Itu yang saya rasa. Orang lain, saya tak tau. Tapi ramai kawan-kawan saya pun rasa yang sama sebab percaya janji bulan bintang ejen unit trust,” jelasnya.

Menurutnya, selama 13 tahun beliau melabur menggunakan duit KWSP. Pulangan keuntungan yang dapat hanyalah RM13,000 — jika dikira secara purata RM1,000 per tahun.

Hantaran Facebook itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mengaku mengalami kerugian berbanding keuntungan.

Mereka merasakan pelaburan jangka panjang itu hanya lebih menguntungkan ejen-ejen yang mengejar komisen sahaja.

Lebih memburukkan keadaan apabila ejen yang approach mereka hilang tanpa khabar berita apabila diperlukan.

Sumber Gambar: Facebook Shikin Hassan
Sumber Gambar: Facebook Shikin Hassan
Sumber Gambar: Facebook Shikin Hassan

Dalam pada itu, ada netizen menjelaskan jika mahu melabur di unit trust, pastikan duit yang ingin digunakan untuk melabur itu ‘wang hangus’ — duit yang sedia hilang sekiranya kerugian.