Mercedes-Benz secara rasminya baru sahaja melancarkan kereta mewah paling popular, Sedan Mercedes Benz A Class di pasaran Malaysia yang akan tersedia dalam dua model, A200 Progressive Line dan A250 AMG Line.
Kedua-dua model ini yang mempunyai banyak fungsi generasi baru, antaranya ialah skrin LCD 12.3 inci besar yang cantik, sistem infotainment pintar MBUX, dan sistem kawalan suara ‘Hi Mercedes’.
Model A200 Progressive Line telah dipadankan dengan enjin turbocharged 1.3L dengan kuasa kuda maksimum 163 hp dan 250 Nm tork dengan kotak gear berkembar dual clutch 7 speed manakala A250 AMG Line pula dipadankan dengan enjin turbocharged 2.0L dengan kuasa kuda maksimum 224 hp dan 350 Nm tork dengan kotak gear berkembar dual-clutch 7-speed.
Sedan Mercedes Benz A Class ini sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Model A200 Progressive Line ini dijual dengan harga RM 229,888 untuk seunit, manakala untuk model A250 AMG Line pula dijual dengan harga RM 267,888 untuk seunit.