Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group, Ola Källenius mengumumkan bantuan sebanyak €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi Israel.

Pengumum itu dibuat melalui akaun Linkedin miliknya kira-kira tiga minggu lalu. Menerusi hantaran itu, beliau menyatakan kesedihan atas serangan yang berlaku ke atas Israel dan mahu membantu bagi mengurangkan beban.

Baca Juga:

“Saya sangat terkejut dengan berita dan gambar yang disiarkan di seluruh dunia sejak serangan ke atas Israel. Dan saya amat bimbang tentang kesan yang mungkin berlaku untuk keamanan di Timur Tengah.

“Saya mempunyai rakan sekerja, kenalan lama dan kawan baik di rantau itu. Saya berasa sedih ke atas semua orang yang menderita akibat keganasan dan yang kini berkabung atas kehilangan orang tersayang. Perasaan saya sama juga buat mereka ramai yang cedera, mereka yang diculik dan keluarga mereka,” petik kenyataan Ola Kaellenius.

Mercedes-Benz derma RM5 juta kepada organisasi Israel
Sumber Gambar: Linkedin

Menurut beliau lagi, Mercedes-Benz telah menghubungi pelbagai organisasi dan institusi kerana ingin memberi sumbangan sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaan pihak Israel.

Mercedes-Benz menderma €1 juta (RM5 juta) secara keseluruhan kepada organisasi bantuan United Hatzalah, yang didedikasikan untuk pemerolehan kenderaan penyelamat, serta Palang Merah Jerman yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan di rantau ini bersama-sama organisasi saudara mereka.

“Kami sudah tentu sentiasa menghubungi pasukan di tapak R&D kami di Tel Aviv, di mana keselamatan mereka menjadi keutamaan,” tambah Ola Källenius lagi.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.