Mercedes-Benz kini mahu turut sama memeriahkan pasaran trak pikap dan rekaannya juga sangat awesome ,sexy dan badass! Memperkenalkan X-Class, trap pikap Mercedes-Benz yang akan berada di pasaran hujung tahun 2017.
Dua model akan diperkenalkan; satu model untuk kegunaan off-road (Powerful Adventurer) dan satu lagi untuk kegunaan dalam bandar(Stylish Explorer). Kedua-dua model ini akan hadir dengan sistem all-wheel drive, enjin V6 berkuasa tinggi dan untuk model off-road, ruang tayarnya akan lebih tinggi untuk melepasi terrain yang tidak rata dan memberi pemandangan yang lebih hebat untuk pemanduan.
“Dengan adanya model X-Class ini, maka kami sudah melengkapkan segmen kereta terakhir untuk Mercedes-Benz. X-Class akan meletakkan standard baharu untuk segmen pikap yang semakin berkembang dan diminati ramai,” kata CEO Daimler, Dieter Zetsche.
Mercedes-Benz mensasarkan Australia, Argentina, Brazil, Eropah dan Afrika Selatan sebagai antara negara awal yang akan menerima model ini terlebih dahulu. Pemasangan akan bermula 2017 di kilang Nissan di Barcelona, Sepanyol dan kemudiannya di Cordoba, Argentina pada 2018.
Jadi apa kata anda dengan model X-Class ini? Tiada harga pasaran dikeluarkan pihak Mercedes-Benz untuk model X-Class buat masa ini. Sama-sama kita nantikan details lebih lanjut berkenaan model ini.