Platform X yang dahulunya menjadi tempat melontarkan pendapat dan bersosial kini berubah menjadi tempat pesundalan pula. Ramai individu terutamanya wanita mula berjinak ke dalam kancah maksiat secara terbuka.

Menurut Harian Metro, golongan ini yang dikenali sebagai ‘dark side’ ini dikesan menjadikan platform media sosial sebagai tempat mencari rezeki dengan memasarkan gambar dan video lucah mereka.

Baca Juga:

Difahamkan, individu di dalam dunia dark side ini turut membabitkan diri sebagai pelakon yang membuat penerbitan video pornografi ‘Made In Malaysia’ yang mungkin diinspirasi daripada idea pembikinan dan pemasaran industri Japan Adults Video (JAV).

Dalam pada itu, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin mendedahkan bahawa pakej dark side ini boleh didapati dengan bayaran serendah RM35.

Menurutnya, ramai wanita tempatan yang terlibat dengan kegiatan jijik ini menawarkan video telanjang mereka menerusi private account di platform X  dan Telegram tanpa rasa segan silu.

Pada awalnya, mereka akan mengiklankan video pendek untuk menarik perhatian lelaki hidung belang sebelum meminta sesiapa yang berminat menghantar mesej direct message untuk berurus niaga.

“Mereka bisnes 2 dalam 1. Mereka menjadi pelacur bebas dengan menetapkan lokasi, kadar bayaran dan tarikh tertentu bagi bertemu pelanggan yang berminat untuk melakukan hubungan seks.

“Dalam masa sama, mereka turut mengembangkan ‘perniagaan’ dengan menghasilkan video seks dilakonkan sendiri untuk dijual kepada tontonan awam,” katanya lagi.

Amin berkata, dia sudah tahu mengenai kewujudan gigolo tempatan yang menjual rakaman video seks di laman sosial dan ramai lagi individu melakukan aktiviti sedemikian.

“Kami sudah tahu kewujudan addya** (gigolo) yang menawarkan video lucah itu sekian lama. Malah, jika pemantauan dilakukan di laman dark side, lebih banyak lagi individu sama sepertinya ditemui,” kongsinya ringkas.

Namun, sejak gigolo itu diberkas, ramai pelakon dark side memilih untuk senyap seketika dan memadam video sekse mereka di media sosial kerana takut menjadi sasaran pihak berkuasa.

“Selepas gigolo Malaysia itu diberkas polis, ramai pensohor video seks tempatan bertindak segera memadamkan video seks masing-masing di media sosial.

“Ramai kecut perut dan ‘berehat seketika’ dari aktiviti ini. Akaun media sosial masing-masing ‘senyap’ dan sekadar diisi gambar-gambar biasa,” ulasnya lagi.

Amin turut berkata individu yang menawarkan video seks ini boleh kaut keuntungan mencecah ribuan ringgit bagi setiap video yang dilanggan oleh sejumlah warga tempatan.