Kebanyakan manusia di seluruh dunia sudah mula membiasakan diri dengan COVID-19. Norma baharu yang diterapkan seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial adalah sebahagian daripada budaya yang kini diamalkan di seluruh negara.

Dalam sedang kita membiasakan diri dengan pandemik COVID-19, kita dikejutkan dengan varian baharu yang dilaporkan merbahaya. Varian baharu yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan ini telah menimbulkan kebimbangan buat semua orang. Dikenali dengan nama Omicron, ia difahamkan lebih mudah menular dan mempunyai risiko jangkitan semula yang lebih tinggi.

Sejak ia mula menyerang Afrika Selatan, orang ramai mula bercakap mengenai Omicron, salah satu abjad dalam Yunani. Nama aneh ini turut dikaitkan dengan pelbagai teori mistik atau tidak masuk akal. Bagi kaki teori konspirasi, mereka mula mengaitkan varian baharu ini dengan filem keluaran tahun 1963 yang menggunakan nama yang sama – The Omicron Variant.

Filem Tahun 1963

Pada tahun 1963, sebuah filem sci-fi bernama Omicron telah diterbitkan dan kini ia kembali tular setelah munculnya varian Omicron.

Filem Itali itu mengisahkan tentang seorang pekerja kilang yang mati dan hidup semula selepas mayatnya diambil alih oleh makhluk asing. Ditulis dan dihasilkan oleh Ufo Gregoretti, makhluk asing itu mengambil alih tubuh manusia untuk belajar tentang planet Bumi supaya kaumnya boleh menakluk Bumi. Filem ini pernah dicalonkan untuk satu anugerah di Festival Filem Venice.

Kini pada tahun 2021, setelah 58 tahun, nama Omicron tiba-tiba membanjiri media sosial selepas pengguna internet mula menyamakan filem itu dengan varian baharu COVID-19. Filem ini sebenarnya langsung tiada kaitan dengan virus atau wabak yang sedang kita hadapi kini, dan satu-satunya sebab mengapa orang ramai mula bercakap mengenai filem ini adalah kerana ia mempunyai nama yang sama. Manakala bagi kaki teori konspirasi, mereka percaya bahawa ia adalah sebahagian daripada perancangan kumpulan tertentu untuk membunuh manusia.

Tahun lalu ketika COVID-19 berada di kemuncaknya, netizen mula kaitkan situasi tersebut dengan sebuah filem bernama Contagian (2011), yang dikatakan sebagai ‘Deja Vu’. Filem itu mengisahkan sekumpulan pakar perubatan berlumba dengan masa ketika mereka melawan wabak yang tidak diketahui asal usulnya sehingga memberi kesan kepada seluruh dunia.

Kini, ketika dunia diserang wabak yang ketika ini masih lagi menjadi tanda tanya asal usulnya dan Omicron mula menular di beberapa negara, orang ramai mula mengaitkan situasi semasa dengan filem Itali keluaran tahun 1963. Selain itu, slogan filem ini telah membuat semua orang bercakap mengenainya – “Hari Bumi dijadikan tanah kubur”.

https://twitter.com/TendaiDara/status/1466263216674246657

Tularnya filem ini sebenarnya lebih bersifat satira dan tidak benar-benar mempunyai tema menyeramkan yang boleh disamakan dengan varian Omicron. Namun begitu, ia masih menjadi topik perbualan hangat di Twitter kerana orang ramai bimbang dengan varian baharu itu.

Bercakap mengenai wabak ini, Malaysia masih belum melaporkan apa-apa kes baharu yang mempunyai kaitan dengan varian tersebut. Namun jiran kita, Singapura sudah mula merekodkan dua kes baharu dengan varian Omicron. Kedua-dua kes ini melibatkan warga Singapura yang baru tiba dari Johannesburg di Afrika Selatan.

Peminat Indonesia cipta teori konspirasi baharu, Ahmad Dhani sekarang adalah ‘Ahmad Dhani Clone’. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”

Tinggal Di Langkawi Secara Haram, Malaysia Usir Penganut Teori Konspirasi Perancis

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi