Rakyat Jepun sering dilihat sebagai seorang yang baik hati dan tidak lekang senyuman bahkan sampai menjadi role model di seantero dunia.

Oleh disebabkan imej mereka tampak bagus, ramai meluahkan rasa minat untuk bekerja di syarikat yang didokong oleh rakyat negara matahari terbit itu.

Bagaimanapun, menerusi satu tweet yang mendakwa rakyat Jepun memang baik tetapi hanya boleh perangai sebenar mereka apabila sudah bekerjasama atau bekerja di syarikat dari sana.

Lanjutan daripada itu, seorang wanita menceritakan pengalaman sendiri bekerja dengan rakyat Jepun dan bersetuju dengan dakwaan tersebut. Sehinggakan mentalnya koyak mungkin kerana menerima ‘tekanan’ yang tinggi.

Berdasarkan pengalaman peribadinya, dia sudah berpindah syarikat dua kali sewaktu menetap di Jepun dan mendapati kedua-duanya masih memberikan pengalaman yang negatif.

Antara perkara yang membuatkan dia memang tidak boleh menerima bagaimana layanan dan perangai sebenar yang ditonjolkan oleh mereka adalah sering menyalahkan orang lain, hanya menerima pandangan dari kalangan sebangsanya, cakap buruk di belakang dan talam dua muka.

Dalam pada itu, tampil sebahagian pengguna internet lain turut berkongsi pengalaman atau cerita berkenaan perkara terbabit.

Seorang pengguna berkata syarikat di Jepun apabila mengambil anda kerja dan akan memberi tugasan luar dari skop kerja termasuklah membasuh baju milik bos.

Selain itu seorang wanita tempatan menceritakan pengalamannya yang dimaki dek kerana tidak membalas pada lewat malam dalam kadar segera malahan akan dikira sebagai pemalas jika balik pada waktu yang ditetapkan.

Dalam erti kata lain, mereka menjangkakan anda akan bekerja selama 24 jam dan sentiasa komited dengan tugasan atau ad hoc yang diberikan

Oleh itu, mereka yang bekerja sebagai kolar putih selalunya dilihat  terlalu penat sehinggakan tidur berselerakan di tepi jalanan kerana pulang lewat malam.

Itu belum kira lagi dengan sifat formaliti yang melampau dan prosedur yang terlalu panjang menjadikan segala tugasan menjadi lebih sukar.

Oleh itu, sebahagian yang pernah berkerja dengan orang atau di syarikat dari Jepun mendakwa hanya mampu bertahan selama setahun sahaja kerana tekanan yang terlalu tinggi.

Malah, perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari warga Jepun sendiri yang datang ke Malaysia lebih selesa dengan budaya kerja di sini yang lebih santai dan ‘manusiawi’ serta memilih untuk membina karier di sini sahaja.