Seorang lelaki hari ini tampil menegur rakyat Malaysia yang terlalu mengangungkan mat saleh yang hadir ke negara ini. Bagi beliau, mat saleh ini sebenarnya hanya melihat negara kita ini sebagai satu kelebihan buat mereka untuk menjana duit.

Kenyataan yang dibuat oleh Thaqib Shaker di laman TikTok ini telah mendapat perhatian netizen dengan rata-rata pengguna bersetuju dengan kenyataan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di dalam video tersebut, Thaqib menyatakan bahawa sebahagian mat saleh yang datang ke negara ini dan membuat kandungan yang kononnya mahu mempromosikan Malaysia sebenarnya tidak memberi impak yang positif kepada negara ini.

Bagi beliau, perbuatan itu hanyalah sebuah lakonan daripada mat saleh untuk mengumpul pengikut dan dalam masa yang sama menjana pendapatan di negara ini.

“Kalau mat saleh tu kata dia buat video untuk promosi Malaysia, kalian tengok senarai yang tekan like dan komen, adakah dari warga mereka atau daripada warga kita sendiri yang puji-memuji antara satu sama lain.

@thaqibshaker

#matsaleh #bule #malaysia #eropah

♬ original sound – Thaqib Shaker – Thaqib

“Kalian suruh juga mereka tunjukkan peratusan followers mengikut negara, mesti majoriti orang malaysia, kemudian diikuti Indonesia dan Singapura, bukan negara mat saleh pun, jadi mereka mempromosikan Malaysia untuk siapa?”

Beliau turut mengingatkan bahawa kenyataan yang dibuat olehnya bukan bermaksud cemburu, tetapi sebagai satu peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa orang putih tidak pernah suka dengan orang Asia dan orang Muslim.

“Ini bukan soal cemburu pada mereka, tetapi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia yang orang putih tak pernah suka orang Asia, apatah lagi orang Muslim.

“Mereka lihat kita ini sebagai lubuk buat duit, dan sikap menganggungkan mereka ini akan menjadikan mereka sangat angkuh, sombong dan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka kerana mereka rasa yang mereka ini sangat hebat, diterima oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Sejak dimuat naik di laman TikTok, video tersebut telah ditonton sebanyak 27,000 orang dengan pelbagai jenis komen. Sebahagian netizen merasakan apa yang dinyatakan betul dan sebahagian lagi mengingatkan kepada Thaqib agar mengambil sikap pukul rata.