Mahkamah tertinggi Mesir telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 12 tokoh kanan Ikhwanul Muslimin yang didapati bersalah mengadakan demonstrasi pada tahun 2013 yang berakhir dengan pasukan keselamatan membunuh ratusan penunjuk perasaan, kata sumber kehakiman kepada Reuters.

Keputusan ini bermakna 12 tokoh kanan ini bakal menghadapi hukuman mati sementara menunggu persetujuan Presiden Abdel Fattah al-Sisi. Mereka yang terlibat termasuk Abdul Rahman Al-Bar, ulama terkemuka, Mohamed El-Beltagi, mantan anggota parlimen, dan Osama Yassin, mantan menteri.

Sebahagian tokoh Ikhwanul Muslimin lain turut dijatuhkan hukuman mati dalam kes lain yang berkaitan dengan rusuhan yang berlaku setelah penggulingan presiden Ikhwanul Muslimin Mohamed Mursi pada tahun 2013, tetapi Mahkamah Kasasi memerintahkan pembicaraan semula.

US News turut menyatakan bahawa kumpulan hak asasi manusia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap hukuman mati yang kian meningkat di Mesir dengan sekurang-kurangnya 51 pembunuhan telah dijatuhkan tahun ini, lapor Amnesty International.

Hukuman mati ke atas 12 tokoh Ikhwanul Musliman ini berlaku setelah mereka dituduh membunuh dan menghasut kepada keganasan semasa rusuhan pro-Ikhwan di dataran Rabaa al-Adawiya di Kaherah pada minggu setelah jatuhnya Presiden Mursi dari tampung kepimpinan.

Untuk rekod, pada September 2018, mahkamah jenayah Mesir turut menjatuhkan hukuman mati kepada 75 orang dan mengeluarkan hukuman penjara untuk lebih dari 600 yang lain. Difahamkan bahawa mereka telah diadili tanpa kehadiran di mahkamah.

Sebagai tanda hormat, kerajaan Egypt adakan perarakan mewah untuk 22 mumia Firaun Diraja. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sebagai Tanda Hormat, Kerajaan Egypt Adakan Perarakan Mewah Untuk 22 Mumia Firaun Diraja

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

Sumber